Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Ilham Dekorasi (Berita Minggu, 17 April 2011) PDF Cetak E-mel
Memiliki kediaman sendiri sudah menjadi kenyataan, namun sejauh manakah penataan hias rumah diberi keutamaan? Malah, andai menyewa sekali pun, ia bukan alasan untuk tidak menitikberatkan aspek dekorasi kediaman yang seharusnya menjadi syurga bagi penghuninya.

Sering kedengaran antara alasan kegagalan menghias rumah - tidak mampu, tidak kreatif dan tidak memahami ilmu dekorasi. Apakah benar begitu kerana hakikatnya, tiada alasan mewujudkan rumah idaman selagi ada kemahuan untuk berbuat demikian.

Jika diamati, penyeri sesebuah rumah itu baik jenis banglo, unit berkembar, teres, rumah warisan, pangsapuri, kondominium dan flet bukan bergantung kepada saiz atau jenis rumah itu, sebaliknya kreativiti penghuninya menterjemahkan idea, cita rasa dan aksesori kediaman itu bagi menepati ciri rumah idaman.

Dan sudah pasti, tugas menghias kediaman satu kerja yang mencabar kerana ia berkait rapat dengan kreativiti seseorang. Namun, andai anda buntu, ada jalan pintas bagi menyelesaikan dilema seumpamanya.

Inilah keunikan gedung sehenti dekorasi - Master Home Treatment Sdn Bhd, yang selain menawarkan himpunan koleksi aksesori yang menawan, ia turut menyediakan perkhidmatan pereka hiasan dalaman.

Sebagai syarikat yang berpengalaman dan mempunyai pelbagai idea terbaru mengenai tata hias kediaman, ia bukan hanya memberi khidmat nasihat malah turut menjual dan menyediakan perkhidmatan pemilihan fabrik sofa, tempahan sofa buatan sendiri (custom-made sofa), langsir, kertas dinding, kemasan lantai, cadar, permaidani, aksesori, kusyen dan apa saja yang berkaitan dengan hiasan dalaman.

Pengarah Master Home Treatment Sdn Bhd, Halim Jani, berkata produk yang ditawarkan bukan hanya buatan tempatan malah keluaran luar negara juga boleh diperoleh dengan tawaran harga mampu milik.

Selain itu, katanya produk yang ditawarkan juga berkualiti tinggi dari gaya klasik hingga rekaan terkini yang mampu menepati apa juga konsep hiasan dalaman yang dikehendaki dan diimpikan pelanggan daripada kategori moden, abstrak, kontemporari, Inggeris dan banyak lagi.

"Bagi yang mementingkan jenama, Master Home Treatment menawarkan produk jenama antarabangsa seperti Jim Thompson, Warwick, Hunter Douglas dan Amano (Jepun). Untuk langsir, selain jenama dan kain import, pelanggan juga berpeluang memilih langsir siap dijahit pada harga berpatutan dan fabrik untuk langsir dengan harga serendah RM2 semeter.

"Untuk langsir, kami menyediakan tempahan, khidmat nasihat, penghantaran dan khidmat mengukur percuma di Lembah Klang mengikut pakej promosi tertentu".

Selain itu, galeri yang baru dua tahun beroperasi itu menerima tempahan membaikpulih dan rekaan semula sofa, papan permukaan katil, katil dan kerusi, kertas dinding dan tingkap.

" Bagi pelanggan yang tidak mempunyai idea bagaimana menghias kediaman mereka, kami akan menyelesaikan masalah dengan memberikan khidmat nasihat dan juga melalui "basic sketch" untuk memberikan mereka idea dan gambaran mengenai ruang kediaman yang mahu dihias.

"Kami juga menyediakan bermacam-macam katalog langsir, kertas dinding, fabrik langsir dan sofa yang juga boleh dijadikan rujukan pelanggan," katanya.

Turut dijual aksesori seperti kusyen, pengikat langsir pelbagai reka bentuk, kayu langsir dan pelapik meja (runner) dan sofa pelbagai jenis fabrik termasuk sutera (raw silk). Bagi yang sukakan gaya moden dan ringkas menghiasi tingkap dan pintu, pelbagai jenis tirai dan bidai turut dijual.

Satu yang menarik di Master Home Treatment adalah perkhidmatan mengganti fabrik sofa lama dengan yang baru dan pelanggan berpeluang `mereka cipta semula' sofa lama mengikut keinginan, cita rasa dan aspirasi sendiri.

Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan Master Home Treatment boleh melayari laman web www.masterhome.com.my atau talian 1300-88-7869.

Info

Master Home Treatment

* Syarikat francais JAKEL yang pakar dalam seni hiasan dalaman terutama tempahan langsir, baik pulih sofa dan perabot, kertas dinding dan jualan aksesori hiasan dalaman.

* Lokasinya di no 5, 7 & 9 Jln PJU 5/20A, The Strand Damansara, Kota Damansara PJU5, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

* Waktu perniagaan 9:00 pagi hingga 7:00 malam (7 hari seminggu)

Promosi

* Pakej langsir untuk ruang kediaman 1) RM499 / RM599/ RM699

* Pakej ini merangkumi fabrik terpilih dengan jahitan French Pleat saja bagi langsir siang dan malam.

* Satu sliding door panel 115" * 96" (1set), tingkap tiga panel 78" * 96" (1set), dan tingkap dua panel 54" * 96" (1set). (Railing, hook tepi, dan tali pengikat langsir tidak termasuk.) Sementara stok masih ada. Hanya fabrik terpilih.

* Fabrik yang diimport pada harga serendah RM8.90 semeter

* Kertas dinding pada harga serendah RM79.00

* Langsir siap pada harga serendah RM69.00

* Aksesori langsir pada harga serendah RM6.90

* Percuma khidmat upah jahit untuk French Pleat saja

* Percuma khidmat nasihat dan hiasan dalaman.
 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB