Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Lebih Selektif Pilih Perantis

KUALA LUMPUR 13 Mac - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) akan lebih selektif dalam pemilihan peserta Program Siswazah Perantisnya pada tahun ini dalam usaha melahirkan perantis yang berkualiti tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nasir Ahmad berkata, PUNB merancang mendapat 500 perantis berkualiti pada tahun ini yang disasarkan menjadi usahawan apabila tamat menyertai program tersebut.

''Sebelum ini, ketika kerajaan mengumumkan program tersebut semasa mengumumkan pakej rangsangan pada 2009, PUNB lebih mengejar kuantiti untuk mendapatkan 2,000 perantis.

''Pada tahun ini, PUNB tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan banyak perantis tetapi fokus utama kami adalah mendapatkan mereka yang berkualiti dan mampu dibentuk menjadi usahawan pada masa hadapan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Setakat ini, dari jumlah 2,000 perantis yang mengikuti latihan, lima peratus telah memohon untuk mendapatkan bantuan PUNB untuk berniaga.

Sasaran asal sebanyak 20 peratus sebelum ini tidak berjaya di capai.

Program Siswazah Perantis PUNB, merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan kedua yang dibentangkan pada 10 Mac 2009 di bawah program siswazah sangkut.

Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta kepada PUNB untuk menyediakan latihan kepada siswazah menganggur yang ditawarkan sebanyak 2,000 tempat dalam usaha mengurangkan jumlah pengangguran negara.

Antara syarat utama bagi pemohon adalah bumiputera berumur tidak melebihi 30 tahun, mempunyai ijazah, diploma atau sijil kemahiran yang diiktiraf dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang kurang mampu dan yang berminat untuk menjadi usahawan.

Nasir berkata, pada tahun ini, kriteria yang ditetapkan tidak akan bertambah tetapi proses penambahbaikan telah dilakukan seperti memansuhkan program motivasi serta memastikan peserta program telah mengetahui mengenai minat perniagaan yang bakal diceburi.

''Sebelum ini, peserta yang dipilih telah dihantar terus kepada mentor, selepas sebulan ke kem motivasi, disambung pembelajaran dengan mentor dan sebelum tamat mereka dikumpul semula untuk diberikan latihan merancang perniagaan. Peserta yang tidak berminat menjadi usahawan akan memasuki pasaran kerja.

''Pada tahun ini, kesungguhan peserta dilihat melalui jawapan semasa menjawab soalan, sebelum hantar kepada mentor mereka perlu pergi ke kem motivasi.

''Selain itu, peserta juga diminta memberikan jenis perniagaan yang akan diceburi pada peringkat awal lagi supaya memudahkan proses bantuan dari peringkat awal,'' katanya.

Tambah Nasir, selain pemilihan perantis yang lebih baik, pemilihan mentor juga akan diperketatkan supaya PUNB mampu membantu melahirkan perantis menjadi usahawan berjaya. 

''Mentor yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan akan ditukar supaya kualiti dapat dipertingkat dan perantis menerima manfaat sewajarnya,'' jelasnya.

Selain itu, PUNB akan terus membantu usahawan tempatan dengan memberikan pembiayaan kepada mereka yang tidak pernah berniaga tetapi mempunyai kefahaman mengenai perniagaan tertentu.

''Sebagai contoh mereka mempunyai pengalaman pekerjaan dan kepakaran. Mereka ini akan dibantu PUNB dengan syarat memenuhi kriteria ditetapkan.

Bergerak ke hadapan, pembukaan pejabat cawangan baru di Kuala Terengganu diharap dapat meningkatkan capaian kepada penduduk tempatan.

PUNB juga giat menggunakan media massa untuk memberitahu kepada orang ramai mengenai perkhidmatan atau pembiayaan yang disediakan mereka.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB