images/photo/banner/2024/20240327-INSENTIF_PADANAN_PUNB_2024.png
images/photo/banner/2024/20240311-SliderWaktuOperasiRamadan1445H.png
images/photo/banner/2024/20240307-SLIDERTIKTOKSHOPINSENTIFE-DAGANGPUNB2024.png
images/photo/banner/2024/20240216-NotisKaunterPusatKhidmatPelanggan.png
images/photo/banner/2024/20240102-SLIDER_SR2022_BM.png
Video Korporat
2023-BANNERSOCMED-V3.png
SLIDERSAFE.png
PORTAL-E-SAIN.png
PORTAL_-_SCAM.jpg
PORTAL-e-mohon.png
20210713-SliderPremisPerniagaanUntukDijual.png
20200707-BERITAPUNB.jpeg
slider_44x.png
slider_54x.png
previous arrow
next arrow

Pembiayaan dan Perkhidmatan PUNB

PEMBIAYAAN PERNIAGAANPEMBIAYAAN PERNIAGAAN
PEMBANGUNAN USAHAWANPEMBANGUNAN USAHAWAN
PROSPER HARTANAHPROSPER HARTANAH
PROGRAM JUMPERPROGRAM JUMPER
INISIATIF PUNBINISIATIF PUNB

Lubrex Booster Program merupakan program kerjasama PUNB dengan Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd (PDMSB) untuk mengembangkan perniagaan pengedar minyak Lubrex yang bernaung di bawah PDMSB. Melalui program ini PUNB akan menawarkan pembiayaan kepada usahawan yang telah dilantik oleh PDMSB sebagai pengedar minyak berjenama Lubrex. Pihak PDMSB pula menawarkan khidmat pemantauan imej korporat premis dan perniagaan, latihan dan khidmat nasihat keusahawanan.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan dari RM100 ribu hingga RM5 juta

  • Permohonan terbuka kepada semua entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan
  • Entiti milikan tunggal dan perkongsian yang memohon pembiayaan RM300 ribu dan ke bawah boleh mengekalkan entiti sedia ada. Untuk permohonan melebihi RM300 ribu, entiti perlu diperbadankan sekiranya permohonan diluluskan

Kadar Keuntungan

  • 4% setahun pada kadar rata

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 7 tahun

Syarat Kelayakan

  • Perniagaan/syarikat adalah 100% milik bumiputera bagi pembiayaan sehingga RM1 juta manakala pembiayaan melebihi RM1 juta memerlukan sekurang-kurangnya 70% pegangan saham dan dikuasai oleh bumiputera
  • Perniagaan/syarikat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan (jika tiada SSM)
  • Perniagaan/syarikat baharu atau telah beroperasi yang mendapat surat lantikan yang sah tempoh daripada Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd
  • Memiliki rekod kewangan yang dikemas kini bagi semua perniagaan/syarikat yang telah beroperasi
  • Rekod kredit baik dengan semua institusi kewangan berkait
  • Memenuhi syarat dokumentasi yang ditetapkan semasa permohonan dan pengeluaran dana pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Stok
  • Mesin dan peralatan berkaitan
  • Ubah suai premis perniagaan yang berkaitan

Cara Memohon

  • Perlu mendapatkan No. ID daripada Pegawai Pemantau untuk memohon pembiayaan melalui e-mohon di portal rasmi PUNB
  • Keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Pemantau akaun anda atau Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862
Lembaran Pernyataan Pengiraan Pembiayaan Risalah Pembiayaan

Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat