Home JUMPER PUNB Program

LOGOjumper

Pengenalan

Sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih. Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Keistimewaan

  1. Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  2. Program latihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat selama 8 bulan
  3. Perantis berpeluang untuk mempelajari ilmu perniagaan dari Mentor yang berpengalaman
  4. Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan selari dengan era masa kini
  5. Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program
  6. *Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak.
  7. Pembiayaan patuh syariah

* Tertakluk kepada terma & syarat

Syarat Kelayakan

  1. Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang Perniagaan
  2. Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat Mentor yang terpilih
  3. Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri
  4. Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran
  5. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)
  6. Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan

Mentor

Usahawan dari syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB

Proses Permohonan

Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti turutan di bawah:

  1. Peserta mendaftar dan disaring
  2. Menghadiri temuduga panel (PUNB & Mentor)
  3. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
  4. Proses penempatan & kelulusan
  5. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
  6. Peserta lapor diri & latihan bermula

Jadi, tunggu apa lagi? Ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman perniagaan yang dicari selama ini. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran dan Permohonan

Borang Permohonan

Klik di sini untuk memohon.
Permohonan akan ditutup pada 31 Disember 2021.

Sebelum Mengemukakan Permohonan:

  1. Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB seperti yang tertera di portal PUNB.
  2. Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
  3. Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Semasa Mengemukakan Permohonan:

  1. Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  2. Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  3. Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.
  4. Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
  • Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses

Sebarang pertanyaan, sila e-melkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.