Pengenalan
Program JUMPER 'Start Up' ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda bumiputera (perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.
Keistimewaan
- Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
- Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan
- Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
- Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 dan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000*
* Tertakluk kepada terma & syarat
Kelayakan
- Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan.
- Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh pendaftaran.
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri) dalam apa jua industri.
- Sanggup menjalani latihan sepenuh masa
Mentor
Syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB
Proses Permohonan
Proses Permohonan Program JUMPER 'Start Up' PUNB adalah seperti turutan di bawah:
- Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
- Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
- Proses penempatan & kelulusan
- Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
- Peserta lapor diri & latihan bermula
Jadi, tunggu apa lagi? Ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman perniagaan yang dicari selama ini. Daftarlah sekarang!
Pendaftaran dan Permohonan
Borang Pendaftaran |
Klik di sini untuk mendaftar. |
Borang Permohonan | Klik di sini untuk memohon. |
Sebelum Mengemukakan Permohonan: |
|
Semasa Mengemukakan Permohonan: |
|
Pertanyaan lanjut sila hubungi:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.