Laman Utama Pengenalan

Inisiatif Antarabangsa merupakan salah satu teras strategik utama PUNB dalam membantu mempertingkatkan dan menaiktaraf perniagaan usahawan bumiputera dalam bidang PKS dan Peruncitan & Pengedaran supaya lebih kompetitif dan dapat menembusi pasaran antarabangsa.

Antara inisiatif tersebut adalah mengubah model perniagaan usahawan bumiputera supaya diterima di peringkat global, mengetengahkan jenama/konsep perniagaan usahawan ke pasaran antarabangsa, membantu usahawan mendapat hak pemilikan jenama/konsep untuk menjalankan perniagaan di dalam Negara dan juga di wilayah-wilayah serantau.

Inisiatif antarabangsa ini dikenali sebagai GLORY 25 atau Global Outstanding Revolutionised Company by 2025 mensasarkan sebanyak 25 buah syarikat bumiputera berjaya menembusi pasaran antarabangsa menjelang 2025.

Untuk maklumat lanjut bagaimana kami boleh membantu, sila klik di sini.

BRIDGING OPPORTUNITIES