Laman Utama Skim Hartanah PUNB

Skim Hartanah PUNB merupakan sebuah skim sewaan premis perniagaan yang ditawarkan kepada usahawan bumiputera bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan perniagaan di lokasi yang utama dan strategik seperti di pusat-pusat bandar, lokasi tumpuan dan kawasan pembangunan baharu dengan kadar sewaan yang kompetitif.

Syarat Kelayakan

Terbuka kepada semua perniagaan dimiliki/dikuasai oleh bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran serta perkhidmatan di pelbagai sektor ekonomi.

PUNB turut mempertimbang pembelian premis khusus untuk sewaan bergantung kepada keperluan usahawan dan kesesuaian perniagaan. Hartanah tersebut haruslah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
a) Nilai pembelian hartanah melebihi RM500,000
b) Jenis hartanah/bangunan - Lot kedai komersial & bangunan perindustrian kecil
c) Bangunan yang telah siap atau sedang dalam pembinaan
d) Bangunan yang telah siap dibina haruslah mempunyai Perakuan Siap & Pematuhan (CCC)