{"id":2348,"date":"2021-05-25T10:50:20","date_gmt":"2021-05-25T10:50:20","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2348"},"modified":"2021-05-25T10:50:20","modified_gmt":"2021-05-25T10:50:20","slug":"tateh-kini-berlari","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/usahawanasional\/tateh-kini-berlari\/","title":{"rendered":"Tat\u00e9h Kini Berlari"},"content":{"rendered":"<p><strong>BABYMAMA TRADING SDN BHD &#8211; Rakan Usahawan PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jenama Tateh tidak lagi asing di kalangan pasangan suami\nisteri yang ingin mencari keperluan barangan penjagaan ibu dan bayi. Selain\nbarangan kelengkapan bayi, Butik Tateh yang diuruskan oleh Babymama Trading Sdn\nBhd ini turut mementingkan penjagaan kesihatan ibu sepanjang proses\nberpantang.&nbsp;&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Jom ikuti soal jawab bersama pengasasnya, Siti Shafurah\nAbas tentang pengalaman beliau menguruskan jenama pilihan ibu bapa ini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:\nApakah perbezaan Tateh berbanding jenama-jenama lain?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:<\/strong>\nTateh menawarkan produk-produk barangan keperluan penjagaan bayi dan juga bagi\nibu yang sedang berpantang. Apabila para pelanggan berkunjung ke butik Tateh,\nmereka bukan sahaja boleh mendapatkan barangan, malah turut dibekalkan dengan\nilmu tentang penjagaan bayi, cara penyusuan &nbsp;serta kaedah berpantang yang betul daripada\nkakitangan kami yang terlatih dan berpengalaman terutama bagi pasangan yang\nsedang membuat persiapan terakhir. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah keistimewaan Tateh.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"770\" height=\"516\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Pakej-Setsuri-TATEH.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2349\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Pakej-Setsuri-TATEH.jpg 770w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Pakej-Setsuri-TATEH-300x201.jpg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Pakej-Setsuri-TATEH-768x515.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 770px) 100vw, 770px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Setsuri &#8211; set berpantang yang boleh didapati di butik Tateh<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>S:\nBagaimana Tateh menjaga hubungan dengan pelanggan?<br \/>\nJ: <\/strong>Matlamat utama Tateh adalah memastikan pelanggan mendapat\nbarangan yang diperlukan dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.\nIni kerana Tateh tidak hanya mahu menjadi penjual barangan keperluan bayi\nsahaja sebaliknya menjadi tempat rujukan bagi pasangan ibu bapa yang menyambut\nkelahiran cahaya mata. Disebabkan ini, setiap tenaga kerja kami mendapat\nlatihan dan pemantauan berterusan supaya pelanggan kekal setia dan percaya\ndengan Tateh.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:\nApakah motivasi yang mendorong anda dalam memimpin Tateh?<br \/>\nJ:<\/strong> Sebagai seorang usahawan dan juga ibu kepada empat orang\nanak, saya berasa amat berpuas hati apabila dapat memberi jalan penyelesaian\nkepada mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan terutama dalam penjagaan bayi\ndan sepanjang proses berpantang. Ini kerana, seperti para ibu lain, saya juga\nmahukan yang terbaik khususnya perkara melibatkan penjagaan diri dan anak.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika dahulu, tidak banyak pusat atau tempat rujukan\npenjagaan bayi selain daripada hospital dan klinik. Oleh sebab itu, saya\nmengambil inisiatif ini untuk mewujudkan Tateh. Pengalaman ini menjadi\npemangkin inspirasi dalam terus membawa jenama Tateh ke tahap yang lebih\ntinggi. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:\nMenjejak 2020 ini, apakah pendekatan baharu yang telah dirancang untuk Tateh?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:<\/strong>\nDalam usaha bagi memastikan Tateh kekal sebagai pilihan utama, kami akan\nsentiasa mempertingkatkan promosi dan strategi pemasaran agar Tateh akan lebih\ndikenali. Salah satu caranya adalah dengan menghasil dan menjual produk-produk\nberdasarkan permintaan dan keperluan pelanggan. Disinilah pentingnya mengekalkan\nhubungan yang baik dengan pelanggan kerana mereka merupakan faktor utama\nkejayaan sesebuah perniagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, kami juga sentiasa membuat persediaan dalam\nmemperkemaskan lagi ilmu-ilmu berkaitan penjagaan bayi dan berpantang agar\ndapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Tateh juga akan mempergiatkan lagi kempen-kempen kesedaran\ndan maklumat keselamatan penjagaan anak, contohnya kepentingan penggunaan <em>Child Restraint System<\/em> (CRS) atau kerusi\nkeselamatan kanak-kanak seperti yang diwajibkan oleh pihak Kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:\nDi mana anda melihat Tateh untuk 5 tahun yang akan datang?<br \/>\nJ: <\/strong>&nbsp;Kami merancang untuk\nmemperkembangkan lagi sayap perniagaan Tateh daripada 18 cawangan kepada 25\ncawangan dalam jangka masa 5 tahun akan datang. Pada masa yang sama, kami\nmemastikan setiap cawangan Tateh dapat mencatatkan keuntungan yang\nmemberangsangkan melebihi daripada sasaran yang telah ditetapkan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, kami juga merancang untuk menambah baik program pembangunan warga kerja Tateh melalui pemahaman dan peningkatan ilmu khususnya tentang produk dan servis perkhidmatan ditawarkan bagi memastikan para pelanggan Tateh berpuas hati.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"525\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Produk-Tateh-1024x525.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2351\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Produk-Tateh-1024x525.jpg 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Produk-Tateh-300x154.jpg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Produk-Tateh-768x393.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/Produk-Tateh.jpg 1345w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Antara produk lain yang ditawarkan oleh butik Tateh<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>S:\nApakah nasihat anda kepada mereka yang ingin dan telah menjadi usahawan?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:\n<\/strong>Secara peribadi, seorang usahawan itu tidak boleh mempunyai\nsikap suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara, baik dalam perniagaan\nmahupun kehidupan peribadi. Sikap ini bakal merugikan bukan sahaja masa malah\nwang dan tenaga. Harus mempunyai semangat mahu maju ke hadapan dan sentiasa\nberfikir serta bertindak satu langkah ke hadapan daripada orang lain dan jangan\npernah putus asa.\n\nTetapkan matlamat dan sasaran yang boleh diukur\ndan ada garis masa yang jelas. Sekiranya matlamat ini tercapai lebih awal,\njangan terlalu selesa dan tetapkan matlamat baru yang lebih besar.&nbsp;\n\n\n\n<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BABYMAMA TRADING SDN BHD &#8211; Rakan Usahawan PUNB Jenama Tateh tidak lagi asing di kalangan pasangan suami isteri yang ingin mencari keperluan barangan penjagaan ibu dan bayi. Selain barangan kelengkapan bayi, Butik Tateh yang diuruskan oleh Babymama Trading Sdn Bhd ini turut mementingkan penjagaan kesihatan ibu sepanjang proses berpantang.&nbsp;&nbsp; Jom ikuti soal jawab bersama pengasasnya, [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2350,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1478,1549,1567,1572],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-2348","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-tateh","usahawanasional_tag-usahawan","usahawanasional_tag-usahawan-wanita","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2348","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2348"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2348\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2350"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2348"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2348"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2348"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}