{"id":2486,"date":"2020-07-03T02:30:32","date_gmt":"2020-07-03T02:30:32","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2486"},"modified":"2020-07-03T02:30:32","modified_gmt":"2020-07-03T02:30:32","slug":"rinaat-cane-pembuatan-rotan-masih-kekal-relevan","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/usahawanasional\/rinaat-cane-pembuatan-rotan-masih-kekal-relevan\/","title":{"rendered":"Rinaat Cane &#8211; Pembuatan Rotan Masih Kekal Relevan"},"content":{"rendered":"<p><strong>RINAAT CANE \u2013 Rakan Usahawan PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Graduan Institut Teknologi Mara (ITM), kini\ndikenali dengan nama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hassan bin Shafee\nberpengalaman dalam sektor perhutanan sebelum menceburkan diri dalam bidang\nperniagaan miliknya, Rinaat Cane Sdn Bhd (RCSB). Pengasas RCSB ini mengakui,\nperjalanan bergelar seorang usahawan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai\ncabaran yang perlu dilalui, antaranya apabila terpaksa berhadapan dengan risiko\ndalam mendapatkan bekalan rotan secara\nberterusan disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu selain kos pelaburan\nperusahaan rotan yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hassan amat berbangga kerana perniagaan rotan yang diusahakan hampir tiga dekad itu telah menjadi salah satu pengeluar dan pengeksport perabot rotan terkemuka di negara ini. RCSB telah menghasilkan pelbagai jenis produk rotan dan juga bahan rotan mentah (jenis Manau dan Mantang) selain berpengalaman dalam mengeksport produk rotan ke beberapa negara di Timur Tengah, Eropah dan juga benua Amerika.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"756\" height=\"1008\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_2img_4871-3-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2497\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_2img_4871-3-2.jpg 756w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_2img_4871-3-2-225x300.jpg 225w\" sizes=\"(max-width: 756px) 100vw, 756px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">P<em>engasas Rinaat Cane Sdn Bhd,  Hassan bin Shafee bersama isteri.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Hassan yang juga\nPengerusi RCSB berkata, kini rotan bukan sahaja terhad kepada pembuatan perabot\nsemata-mata, malah pembuatan rotan kini digunakan dalam pelbagai sektor\nantaranya sukan dan rekreasi serta pelancongan. Dalam sektor pelancongan\nmisalnya, pembuatan rotan memainkan peranan penting dalam pembuatan produk\nanyaman. Manakala dalam sektor sukan dan rekreasi pula, rotan digunakan untuk\nmenghasilkan busur bagi sukan memanah tradisional. Ini kerana sifatnya yang\nringan, mudah lentur dan tahan lasak. <\/p>\n\n\n\n<p>Diminta mengulas mengenai pemantauan dan pengawalan kualiti produk syarikatnya, Hassan menjelaskan bahawa RCSB telah spesifikasi rotan yang perlu dipatuhi dalam memastikan kualiti rotan tersebut sebelum ia dipasarkan. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"726\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_maripoussa-1-1024x726.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2494\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_maripoussa-1-1024x726.jpg 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_maripoussa-1-300x213.jpg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_maripoussa-1-768x545.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_maripoussa-1.jpg 1049w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Koleksi rotan keluaran Rinaat Cane Sdn Bhd.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Manakala dari segi penghasilan sesuatu produk rotan, ia\nperlulah seiring dengan kehendak pasaran dan juga pelanggan. Sehubungan itu,\nHassan telah menggunakan pengalaman&nbsp; yang\nditimba ketika &nbsp;menyertai ekspo serta\nlawatan kilang perabot di luar negara bagi menjana idea untuk menghasilkan\nproduk baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRotan merupakan produk &nbsp;malar hijau yang mempunyai peminat tersendiri.\nRotan yang menjadi pilihan dan sering mendapat sambutan daripada para\npelanggan, tlebih-lebih lagi pengumpul rotan adalah jenis Manau kerana ia merupakan\nspesies rotan berdiameter besar dan amat penting sebagai\nbahan mentah dalam industri perabot,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, rotan masih menjadi pilihan pada masa kini dan ia kekal relevan di pasaran. Ini terbukti apabila RCSB telah menghasilkan lebih daripada 150 reka bentuk unik untuk perabot dalaman dan luaran sehingga hari ini. <\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"712\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_ducee-1024x712.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2495\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_ducee-1024x712.jpg 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_ducee-300x209.jpg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_ducee-768x534.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/rsz_ducee.jpg 1055w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Antara set perabot ruang tamu yang terdapat di Rinaat Can<\/em>e.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p>Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Hassan\nmenyasarkan untuk memperluas dan memperkukuhkan lagi pemasaran produk keluaran\nRCSB melalui platform media sosial&nbsp;\nmemandangkan syarikatnya merupakan ahli e-dagang Alibaba yang terawal di\nMalaysia sejak 2007. Menurut Hassan, kaedah sedemikian mampu membuka ruang kepada\nRCSB untuk berinteraksi secara terus dengan para pelanggan dan juga peminat\nrotan. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasihat Hassan untuk mereka yang hendak menceburi bidang\nperniagaan khususnya bidang&nbsp; yang beliau\nceburi, dapatkan ilmu perniagaan terlebih dahulu dan ketahui produk apa yang\ningin dipasarkan. Apa yang penting, sentiasa bersabar kerana tiada jalan pintas\nuntuk berjaya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RINAAT CANE \u2013 Rakan Usahawan PUNB Graduan Institut Teknologi Mara (ITM), kini dikenali dengan nama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hassan bin Shafee berpengalaman dalam sektor perhutanan sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan miliknya, Rinaat Cane Sdn Bhd (RCSB). Pengasas RCSB ini mengakui, perjalanan bergelar seorang usahawan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran yang perlu [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2493,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1271,1375,1441,1478,1502,1508,1567,1573],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-2486","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-entrepreneur","usahawanasional_tag-malaysia","usahawanasional_tag-perabot-rotan","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-rinaat-cane","usahawanasional_tag-rotan","usahawanasional_tag-usahawan","usahawanasional_tag-usahawanpunb","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2486","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2486"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2486\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2493"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2486"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2486"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2486"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}