{"id":3273,"date":"2021-08-27T04:37:01","date_gmt":"2021-08-27T04:37:01","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=3273"},"modified":"2021-08-27T04:37:01","modified_gmt":"2021-08-27T04:37:01","slug":"30-tahuun-punb-dalam-arena-keusahawanan","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/usahawanasional\/30-tahuun-punb-dalam-arena-keusahawanan\/","title":{"rendered":"30 Tahun PUNB Dalam Arena Keusahawanan!"},"content":{"rendered":"<p>Tanggal 17 Julai 2021 menjadi lakaran sejarah kewujudan PERBADANAN  USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) selama 30 tahun dalam arena  keusahawanan dengan matlamat untuk meningkatkan penglibatan dan  membangun usahawan serta perniagaan Bumiputera yang berkualiti agar  mampu bersaing dan berdaya tahan baik di peringkat domestik mahupun  antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak penubuhan PUNB, lebih 13,000 usahawan Bumiputera telah  dibantu dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka melalui  sokongan pembiayaan dan korporat yang ditawarkan. Pelbagai jenis  industri dan perniagaan yang dahulunya kurang diceburi oleh  Bumiputera, namun dengan usaha dan perancangan strategik yang  dilaksanakan oleh PUNB, sedikit sebanyak membuka mata dan minda  Bumiputera untuk meluaskan empayar perniagaan mereka ke bidang  yang lebih dimonopoli oleh bukan Bumiputera. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga hari ini, sokongan dan perkhidmatan PUNB  masih lagi relevan serta memainkan peranan penting  dalam memastikan usahawan dan perniagaan  Bumiputera berada di landasan yang betul.  Penambahbaikan dalam pakej bantuan pembiayaan  perniagaan sentiasa dilakukan agar PUNB dapat  memberikan perkhidmatan yang terbaik. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi anda yang ingin mengetahui  tentang perkhidmatan yang ditawarkan  oleh PUNB, artikel ini boleh membantu  anda dalam membuat pilihan terbaik  untuk perniagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mari kita baca! <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pembiayaan Utama PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>PUNB menyediakan pembiayaan perniagaan untuk membangun dan memperkasa  usahawan Bumiputera serta perniagaan mereka agar berdaya maju, berdaya saing dan  berdaya tahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pakej Pembiayaan PUNB merangkumi pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta.  Jika perniagaan anda adalah milikan tunggal atau perkongsian, jumlah pembiayaan yang  ditawarkan adalah terhad kepada maksimum sehingga RM300 ribu sahaja melainkan jika  anda menjalankan perniagaan stesen minyak di mana anda boleh mendapatkan  pembiayaan maksimum sehingga RM500 ribu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tempoh bagi pembiayaan ditawarkan adalah sehingga 7 tahun dengan kadar keuntungan  dari 5-8% setahun (tertakluk kepada kegunaan pembiayaan yang diluluskan). <\/p>\n\n\n\n<p>Antara syarat kelayakan bagi memohon pembiayaan bersama PUNB adalah perniagaan  haruslah dimiliki atau dikuasai oleh Bumiputera, syarikat anda telah beroperasi  sekurang-kurangnya 18 bulan dan ke atas serta memiliki rekod kewangan perniagaan  yang terkini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pembiayaan yang ditawarkan oleh PUNB merangkumi ke semua jenis industri dan  perniagaan kecuali perniagaan di bawah sektor perikanan, perladangan dan pertanian.  Mengapa? Ini adalah kerana sektor ini sudah mempunyai entiti tersendiri yang mengawal,  memantau dan menguruskannya. Walau bagaimanapun, jangan kecewa, PUNB tetap  boleh membantu anda yang memerlukan bantuan pembiayaan sekiranya ingin  mengeluarkan produk baharu hasil keluaran daripada ketiga-tiga sektor ini contohnya  seperti produk sejuk beku, pembiayaan dari segi pembungkusan dan pemasaran produk,  sewaan dan pembelian premis pemprosesan produk dan sebagainya bergantung kepada  terma serta syarat yang telah ditetapkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Istimewanya pembiayaan PUNB, sekiranya permohonan diluluskan, anda akan mendapat  rebat duti setem ke atas surat cara\/dokumen pembiayaan, cagaran yang minimum selain  rebat pembiayaan sekiranya anda adalah pembayar pembiayaan yang baik mengikut  terma dan syarat ditetapkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada pembiayaan, anda juga akan mendapat khidmat sokongan korporat  merangkumi khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan, promosi dan pemasaran  di samping kursus dan latihan serta jaringan keusahawanan bagi memastikan  kecemerlangan perniagaan yang mampan. Bimbingan dari PUNB akan memastikan anda  mencapai matlamat yang diinginkan sepanjang menjalankan perniagaan.  Pegawai-pegawai berkemahiran PUNB sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat yang  terbaik kepada para usahawan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu juga, kursus dan latihan yang ditawarkan juga amat berguna bagi  memantapkan lagi ilmu keusahawanan anda sebagai seorang usahawan baik dari aspek  rohani mahupun jasmani. PUNB akan berusaha sedaya upaya membantu usahawan dan  perniagaan Bumiputera yang memerlukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya anda berjaya mendapat pembiayaan bersama PUNB, secara automatiknya anda  adalah RAKAN USAHAWAN PUNB dan dapat menikmati kesemua khidmat yang  ditawarkan oleh kami! <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah keunikan PUNB berbanding dengan agensi keusahawanan dan insititusi kewangan  yang lain. Menarik bukan? <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"640\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PEMBIAYAAN-PERNIAGAAN-PUNB-LIGHT-01-1024x640.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-3274\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PEMBIAYAAN-PERNIAGAAN-PUNB-LIGHT-01-1024x640.png 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PEMBIAYAAN-PERNIAGAAN-PUNB-LIGHT-01-300x188.png 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PEMBIAYAAN-PERNIAGAAN-PUNB-LIGHT-01-768x480.png 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PEMBIAYAAN-PERNIAGAAN-PUNB-LIGHT-01-1536x960.png 1536w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PEMBIAYAAN-PERNIAGAAN-PUNB-LIGHT-01-2048x1280.png 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><strong>Skim Hartanah PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada pembiayaan utama, PUNB turut menawarkan khidmat sewaan premis  perniagaan kepada usahawan dan perniagaan Bumiputera. Skim ini membuka peluang  dan memudahkan usahawan Bumiputera yang berminat untuk menjalankan perniagaan  mereka dengan kadar sewaan yang kompetitif. <\/p>\n\n\n\n<p>PUNB memahami permasalahan usahawan khususnya Bumiputera yang terpaksa  menyewa premis dengan harga sewaan yang tinggi selain kos penyelenggaraan yang  menelan modal yang banyak. Semakin strategik lokasi perniagaan, maka lebih tinggi harga  sewaan akan dikenakan walaupun lot tanah atau premis yang disewa tidak sebesar mana.  Ini adalah lumrah. Jadi bagaimana PUNB boleh membantu? <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pengetahuan, PUNB sendiri sudah memiliki premis perniagaan yang sedia untuk  disewa oleh usahawan Bumiputera yang memerlukan di seluruh Negara. Lokasi premis  perniagaan milik PUNB kebanyakannya terletak di lokasi utama dan strategik seperti di  pusat bandar, lokasi tumpuan orang ramai dan kawasan pembangunan baharu. Premis  perniagaan yang ditawarkan juga termasuklah lot-lot kedai komersial dan bangunan  perindustrian kecil. Sewaan bersama PUNB dapat memastikan harga sewaan yang  ditawarkan tidak \u2018cekik darah\u2019 selain PUNB juga amat terbuka untuk berunding sekiranya  penyewa mempunyai sebarang permasalahan melibatkan sewaan. <\/p>\n\n\n\n<p>PUNB juga turut mempertimbang untuk membuat pembelian premis perniagaan sedia ada  yang disewa oleh usahawan bergantung kepada keperluan dan kesesuaian perniagaan  yang sedang dijalankan di premis berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, di bawah Skim Hartanah PUNB juga, anda turut diberi peluang untuk memiliki  permis perniagaan anda sendiri melalui sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Rent-To-Own  atau RTO. Apa itu RTO? <\/p>\n\n\n\n<p>RTO adalah sebuah inisiatif yang diwujudkan bertujuan membantu usahawan Bumiputera  yang sedang menyewa untuk membeli premis atau hartanah tersebut melalui khidmat  PUNB. Secara ringkasnya, sekiranya anda ingin membeli premis perniagaan yang sudah  dimiliki oleh PUNB, syarat utama adalah anda harus menyewa terlebih dahulu dengan  PUNB untuk tempoh tiga tahun seperti yang telah ditetapkan di bawah syarat permohonan  RTO selain daripada syarat kelayakan lain yang perlu dipenuhi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki premis perniagaan yang bukan milik PUNB pula,  contohnya premis yang anda sedang sewa dengan syarat, perniagaan anda juga telah dan  sedang beroperasi dalam tempoh tertentu di premis tersebut, PUNB akan membantu anda  dengan membeli hartanah atau premis berkenaan daripada pemiliknya (sekiranya pemilik  bersetuju untuk menjual). Ini bermakna, anda secara automatik akan menjadi penyewa  premis PUNB. Selepas tamat tempoh syarat kelayakan permohonan RTO serta memenuhi  syarat-syarat kelayakan yang lain, premis ini akan menjadi milik anda melalui urusan  pembelian yang dijalankan samada anda boleh membeli secara tunai ataupun mempunyai  jaminan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi kewangan yang sah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sewaan anda dalam tempoh tiga tahun bersama PUNB ini akan dianggap sebagai deposit  bagi pembelian hartanah atau premis tersebut. Mudahkan bersama PUNB? <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"640\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-HARTANAH-RTO-01-1024x640.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3276\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-HARTANAH-RTO-01-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-HARTANAH-RTO-01-300x188.jpg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-HARTANAH-RTO-01-768x480.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-HARTANAH-RTO-01-1536x960.jpg 1536w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-HARTANAH-RTO-01-2048x1280.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><strong> Inisiatif Antarabangsa &#8211; GLORY 25 PUNB <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selain menumpukan kepada sokongan dan pembangunan keusahawanan Bumiputera  dalam Negara, PUNB juga turut memperkenalkan sebuah inisiatif yang membantu  mempertingkat dan menaik taraf perniagaan Bumiputera agar lebih kompetitif dan  mampu menembusi pasaran global. <\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif GLORY 25 ini khusus kepada perniagaan Rakan Usahawan PUNB selain daripada  status syarikat mereka adalah diperbadankan serta bersedia untuk berkembang ke  peringkat antarabangsa. Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara PUNB dengan  agensi dan kementerian berkaitan dalam usaha menyediakan platform bagi memudahkan  usahawan membawa perniagaan mereka ke luar Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai usahawan, sudah tentu menjadi impian peribadi agar perniagaan diusahakan  dikenali bukan sahaja dalam Malaysia, malah juga seluruh dunia. Jika produk luar boleh  bertapak dalam Negara, mengapa tidak produk kita juga ke tempat mereka? <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"640\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-GLORY-25-01-1024x640.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3277\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-GLORY-25-01-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-GLORY-25-01-300x188.jpg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-GLORY-25-01-768x480.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-GLORY-25-01-1536x960.jpg 1536w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-GLORY-25-01-2048x1280.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><strong>Program JUMPER PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>JUMPER? Apa tu? Pelompat ke? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, JUMPER merupakan akronim daripada sebuah program latihan  keusahawanan berkonsepkan latihan sangkut yang dirangka oleh PUNB iaitu Jom Jadi  Perantis. <\/p>\n\n\n\n<p>JUMPER adalah terbuka bagi graduan muda Bumiputera berusia 30 tahun dan ke bawah  yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta ingin  mempelajari tentang selok-belok perniagaan dengan bantuan daripada mentor  (usahawan\/syarikat yang dilantik oleh PUNB) untuk membimbing mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui JUMPER, perantis akan didedahkan dengan realiti sebenar dalam menguruskan  sesebuah perniagaan selain kursus dan latihan lain yang ditawarkan oleh PUNB dalam  tempoh 8 bulan penyertaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, graduan bukan sahaja akan menerima elaun sara diri, malah layak untuk  mendapatkan geran dan pembiayaan minimum bagi menjalankan perniagaan mereka  sendiri. Erti kata lain, modal permulaan perniagaan anda disediakan. Bukan mudah nak  dapatkan peluang seperti ini bukan? <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"640\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PROGRAM-JUMPER-PUNB-01-1-1024x640.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3279\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PROGRAM-JUMPER-PUNB-01-1-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PROGRAM-JUMPER-PUNB-01-1-300x188.jpg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PROGRAM-JUMPER-PUNB-01-1-768x480.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PROGRAM-JUMPER-PUNB-01-1-1536x960.jpg 1536w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/POSTER-PROGRAM-JUMPER-PUNB-01-1-2048x1280.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Inilah PUNB! <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi anda tunggu apa lagi? Pintu kami sentiasa terbuka dan bersedia untuk anda yang  benar-benar serius, mempunyai semangat dan fokus serta bercita-cita tinggi untuk  mengembangkan perniagaan anda serta menjadi seorang usahawan yang cemerlang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentulah anda perlu memenuhi setiap terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan  bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan di atas. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang kesemua perkhidmatan PUNB, anda  boleh layari portal rasmi PUNB di www.punb.com.my atau anda boleh hubungi talian Khidmat  Pelanggan kami di 1300 13 7862 serta e-mel ke customerservice@punb.com.my. Pegawai kami  sedia untuk membantu! <\/p>\n\n\n\n<p>Mulakan perjalanan kejayaan perniagaan anda bersama PUNB kerana KEJAYAAN ANDA, ASPIRASI KAMI! <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanggal 17 Julai 2021 menjadi lakaran sejarah kewujudan PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) selama 30 tahun dalam arena keusahawanan dengan matlamat untuk meningkatkan penglibatan dan membangun usahawan serta perniagaan Bumiputera yang berkualiti agar mampu bersaing dan berdaya tahan baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Sejak penubuhan PUNB, lebih 13,000 usahawan Bumiputera telah dibantu dalam usaha [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":3275,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1154],"usahawanasional_category":[1374,1137],"class_list":["post-3273","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-30tahunpunb","usahawanasional_category-malay","usahawanasional_category-tahukah-anda"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3273","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3273"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3273\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3275"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3273"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=3273"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=3273"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}