{"id":33257,"date":"2025-11-28T08:41:17","date_gmt":"2025-11-28T00:41:17","guid":{"rendered":"https:\/\/www.punb.com.my\/?post_type=usahawanasional&#038;p=33257"},"modified":"2026-02-26T11:26:50","modified_gmt":"2026-02-26T03:26:50","slug":"ahmadtamar-langkah-pertama-yang-mengubah-segalanya","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/usahawanasional\/ahmadtamar-langkah-pertama-yang-mengubah-segalanya\/","title":{"rendered":"AhmadTamar: Langkah Pertama yang Mengubah Segalanya"},"content":{"rendered":"<p><strong>AHMADTAMAR SDN BHD\u2013 Rakan Usahawan PUNB<\/strong><\/p>\n<p>Pada tahun 2015, di sebuah bilik hostel seluas hanya 10 kaki persegi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), seorang pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektronik bernama <a>Syed Muhammad Hamdi bin Syed Ahmad<\/a> memulakan langkah pertama dalam dunia keusahawanan. Dengan modal sekadar RM200, sebuah pencetak kecil dan kertas A4 yang dipotong lapan untuk dijadikan label, lahirlah benih kepada sebuah jenama yang kini dikenali sebagai AhmadTamar.<\/p>\n<p>Walaupun bermula serba sederhana, satu visi besar telah disemat kukuh sejak hari pertama:<br \/>\n\u201cSuatu hari nanti, AhmadTamar akan menjadi jenama kurma yang dipercayai rakyat Malaysia.\u201d<\/p>\n<p>Dua tahun kemudian, pada 2017, Syed Hamdi didaftarkan secara rasmi sebagai AhmadTamar Sdn. Bhd. Hari ini, selepas hampir satu dekad perjalanan penuh cabaran dan pembelajaran, Beliau memiliki kilang sendiri di Kuching dan muncul sebagai jenama kurma pilihan ramai yang dipercayai, bukan sahaja di Malaysia malah mula menembusi pasaran eksport.<\/p>\n<p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-33258 size-full\" src=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AT-Team-in-action-1-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"810\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AT-Team-in-action-1-1.jpeg 1080w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AT-Team-in-action-1-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AT-Team-in-action-1-1-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AT-Team-in-action-1-1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AT-Team-in-action-1-1-16x12.jpeg 16w\" sizes=\"(max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p><strong>Inspirasi di Sebalik Sebiji Kurma<\/strong><\/p>\n<p>Minat Hamdi dalam bidang perniagaan bukanlah bersifat impulsif, sebaliknya lahir daripada analisis realiti jangka panjang. Beliau sering bertanya: <em>\u201c<\/em>Jika ekonomi jatuh atau dunia berdepan krisis, produk apa yang manusia tetap perlukan?<em>\u201d<\/em> Jawapannya membawa beliau ke industri makanan \u2014 satu sektor yang kekal relevan dalam apa jua keadaan.<\/p>\n<p>Namun, pemilihan kurma sebagai fokus perniagaan bukan sekadar strategi pasaran. Ia dipandu oleh satu hadis Rasulullah SAW:<br \/>\n<em>\u201c<\/em>Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia<em>.\u201d<\/em><\/p>\n<p>Kurma dilihat bukan hanya sebagai makanan, tetapi sebagai <em>superfood<\/em> sunnah yang kaya nutrisi, sesuai untuk semua peringkat umur dan latar belakang. Dari situlah lahir misi besar AhmadTamar: menjadikan kurma sebagai makanan kesihatan harian, bukan sekadar hidangan bermusim ketika Ramadan.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-33261 size-full\" src=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Ahmad-Tamar-HQ-1-1.jpg\" alt=\"\" width=\"810\" height=\"1080\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Ahmad-Tamar-HQ-1-1.jpg 810w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Ahmad-Tamar-HQ-1-1-225x300.jpg 225w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Ahmad-Tamar-HQ-1-1-768x1024.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Ahmad-Tamar-HQ-1-1-9x12.jpg 9w\" sizes=\"(max-width: 810px) 100vw, 810px\" \/><\/p>\n<p><strong>Keusahawanan sebagai Jalan Membina Legasi<\/strong><\/p>\n<p>Bagi pasukan AhmadTamar, keusahawanan adalah medium untuk membina legasi, bukan sekadar mencari keuntungan jangka pendek. Mereka sedar bahawa walaupun 9\/10 rezeki datang daripada perniagaan, cabarannya juga besar. Justeru, ketahanan mental, disiplin, keberanian dan <em>growth mindset<\/em> menjadi asas penting dalam setiap keputusan.<\/p>\n<p>Berpegang kepada prinsip <em>\u201cStart with values\u201d<\/em> dan falsafah berorientasikan pelanggan, AhmadTamar terus berinovasi \u2014 daripada produk Maryami Seedless, Grab2Go, hinggalah kepada inovasi berasaskan biji kurma. Setiap inovasi bermula dengan satu persoalan:<br \/>\n\u201cApakah nilai yang boleh kami tambah dalam kehidupan pelanggan?\u201d<\/p>\n<p><strong>Sokongan PUNB: Titik Mula Pertumbuhan<\/strong><\/p>\n<p>PUNB merupakan antara agensi terawal yang mempercayai potensi AhmadTamar ketika syarikat masih di peringkat awal. Dengan sokongan pembiayaan modal kerja, AhmadTamar berjaya mendapatkan stok pertama dan memulakan perjalanan sebenar dalam industri kurma premium.<\/p>\n<p>Kepercayaan inilah yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan berterusan syarikat.<\/p>\n<p><strong>Membina Kepercayaan Melalui Kualiti<\/strong><\/p>\n<p>Setiap tahun, permintaan terhadap produk AhmadTamar terus meningkat. Daripada jualan bermusim, ia kini berkembang kepada amalan pemakanan harian, disokong pula oleh pasaran eksport yang baru diterokai.<\/p>\n<p>Berpegang kepada janji jenama sebagai jenama kurma yang dipercayai, AhmadTamar menitikberatkan kawalan kualiti yang ketat, bekalan konsisten dan akses mudah melalui pasar raya, kedai serbaneka serta rangkaian <em>reseller<\/em>. Menariknya, stok AhmadTamar sering habis lebih awal daripada jangkaan \u2014 satu petanda kukuh kepercayaan pasaran terhadap kualiti yang ditawarkan.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-33262 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AhmadTamar-staffs-loading-stocks-for-distributor-shipment-to-Melaka-1-1.jpg\" alt=\"\" width=\"810\" height=\"1080\" srcset=\"https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AhmadTamar-staffs-loading-stocks-for-distributor-shipment-to-Melaka-1-1.jpg 810w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AhmadTamar-staffs-loading-stocks-for-distributor-shipment-to-Melaka-1-1-225x300.jpg 225w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AhmadTamar-staffs-loading-stocks-for-distributor-shipment-to-Melaka-1-1-768x1024.jpg 768w, https:\/\/www.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/AhmadTamar-staffs-loading-stocks-for-distributor-shipment-to-Melaka-1-1-9x12.jpg 9w\" sizes=\"(max-width: 810px) 100vw, 810px\" \/><\/p>\n<p><strong>Cabaran sebagai Pemangkin Inovasi<\/strong><\/p>\n<p>Industri kurma premium memerlukan modal yang besar, namun AhmadTamar memilih untuk tidak berkompromi terhadap kualiti. Setiap produk dilengkapi <em>Customer Guarantee Programme<\/em>, mencerminkan integriti dan komitmen syarikat terhadap pelanggan.<\/p>\n<p>Cabaran modal juga mendorong syarikat untuk kekal inovatif, termasuk memperkenalkan produk <em>upcycle<\/em> seperti kopi Dacoff, yang membuka aliran pendapatan baharu dengan keperluan modal minimum.<\/p>\n<p><strong>Melangkah ke Masa Hadapan<\/strong><\/p>\n<p>Berpandukan tagline \u201cBuilding Healthy Generations\u201d, AhmadTamar menyasarkan untuk menjadi jenama kurma paling dipercayai di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Perancangan jangka panjang merangkumi pengembangan pasaran eksport, pembangunan produk inovatif berasaskan kurma, serta aspirasi besar untuk tersenarai dalam Fortune 500.<\/p>\n<p>Lebih daripada sebuah perniagaan, AhmadTamar membawa harapan untuk melihat nama Sarawak dan Johor terpahat sebagai hab inovasi kurma dunia, sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.<\/p>\n<p><strong>Pesanan Buat Usahawan Muda<\/strong><\/p>\n<p>Nasihat Syed Hamdi kepada generasi muda ringkas tetapi bermakna:<br \/>\n\u201cBeranikan diri. Mulakan. <em>Just do it<\/em>.\u201d<\/p>\n<p>Mulakan dengan apa yang ada, berpegang kepada nilai, dan bina langkah kecil yang konsisten. Kejayaan tidak datang sekelip mata, tetapi dibina melalui usaha berterusan, doa dan tawakkal.<\/p>\n<p>Dari bilik hostel kecil ke sebuah kilang sendiri, kisah Syed Hamdi membuktikan bahawa impian besar, apabila digabungkan dengan nilai dan tindakan, mampu membina legasi yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AHMADTAMAR SDN BHD\u2013 Rakan Usahawan PUNB Pada tahun 2015, di sebuah bilik hostel seluas hanya 10 kaki persegi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), seorang pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektronik bernama Syed Muhammad Hamdi bin Syed Ahmad memulakan langkah pertama dalam dunia keusahawanan. Dengan modal sekadar RM200, sebuah pencetak kecil dan kertas A4 yang dipotong lapan [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":15,"featured_media":33260,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1455,1478,1490,1567,1573],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-33257","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-perniagaan","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-rakanusahawanpunb","usahawanasional_tag-usahawan","usahawanasional_tag-usahawanpunb","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/33257","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/15"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33257"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/33257\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33311,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/33257\/revisions\/33311"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33260"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33257"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=33257"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=33257"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}