Laman Utama

LOGOjumper

Pengenalan

Sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Syarat Kelayakan

  • Siswazah bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)
  • Berminat atau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan
  • Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat mentor yang terpilih
  • Komited menjalani program latihan sepenuh masa sehingga 6 bulan

Keistimewaan

  • Elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  • Bimbingan dari mentor berpengalaman
  • Kursus keusahawanan, pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang tempoh perantisan
  • *Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi yang layak
  • Pembiayaan patuh syariah

*Tertakluk kepada terma & syarat

Mentor

Mentor adalah Rakan Usahawan PUNB atau daripada syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB untuk melatih pelatih JUMPER.

Proses Permohonan

Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti di bawah:

  1. Pendaftaran dan semakan kelayakan.
  2. Panggilan temuduga bagi pemohon yang layak.
  3. Makluman kepada pemohon yang berjaya sertai program.
  4. Temuduga bersama mentor dan makluman penempatan latihan.
  5. Peserta menghadiri kursus induksi dan motivasi keusahawanan.
  6. Peserta lapor diri dan latihan bermula.

Pendaftaran dan Permohonan

Borang Permohonan

Klik di sini untuk memohon.
Tarikh tutup permohonan pada 30 April 2024.

Sebelum Mengemukakan Permohonan:

  • Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB seperti yang tertera di portal rasmi PUNB.
  • Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
  • Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Semasa Mengemukakan Permohonan:

  • Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  • Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  • Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.
  • Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
  • Pemohon yang sedang berniaga perlu sertakan salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Muat Turun Risalah

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.