Notis Privasi ini menyatakan bagaimana Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ("PUNB") akan mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan undang-undang Malaysia.
Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpulkan Serta Bagaimana Kami Mengumpulnya
Untuk membolehkan kami menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, kami mungkin perlu dan/atau dikehendaki untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu "proses") data peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, alamat emel, pekerjaan, butir-butir hubungan, dan apa jua maklumat yang perlu mengenai anda dan transaksi-transaksi anda dengan kami.
Kami mungkin mendapatkan data ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda
Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan yang berikut:
Kami akan meminta kebenaran anda sebelum menggunakan data peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan dalam terma-terma privasi dalam perjanjian anda dengan kami (sekiranya ada).
Pendedahan Data Peribadi Anda
Sebagai sebahagian daripada menyediakan anda dengan perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan maklumat mengenai anda dan/atau akaun/kemudahan anda dengan kami kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:
tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang, (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang berkenaan dengan PUNB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia).
Kami akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagai sulit dan peribadi dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak luar kecuali:
Membuat Pilihan Berhubungan Dengan Pendedahan Dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda untuk Tujuan Pemasaran
Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda maklumat mengenai acara, program latihan dan/atau perkhidmatan kami dan pihak ketiga, yang mungkin menarik minat atau memberi manfaat kepada anda, kecuali jika selainnya diminta oleh anda.
Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada rakan kongsi strategik kami. Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada rakan kongsi strategik kami di mana kebenaran terdahulu anda telah diperolehi dan tertakluk pada setiap masa kepada apa-apa undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada PUNB. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa perjanjian kami dengan rakan kongsi strategik kami mengandungi kewajipan kerahsiaan dan privasi yang bersesuaian.
Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda berubah fikiran anda berhubung dengan keputusan yang anda buat sebelum ini, sila hubungi kami di alamat yang dibutirkan di akhir Notis Privasi ini. Arahan terkini bertulis anda kepada kami akan diguna pakai.
Bagaimana Jika Data Peribadi Yang Anda Berikan Tidak Lengkap?
Ia mungkin wajib ke atas anda dalam keadaan tertentu untuk memberikan maklumat peribadi tertentu untuk membolehkan kami memproses permohonan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan kami. Jika anda tidak dapat atau menolak untuk memberikan maklumat peribadi wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan yang tersebut.
Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Data Peribadi Anda
Anda mempunyai hak untuk memohon daripada kami untuk melakukan sebarang pembetulan ke atas data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Anda boleh membuat permintaan mengakses dan/atau membuat pembetulan dengan menghubungi kami di alamat yang tertera di akhir Notis Privasi ini.
Sila ambil perhatian bahawa di dalam keadaan tertentu, kami mungkin perlu menahan akses ke atas maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda sebab-sebab mengapa kami tidak dapat akur dengan permintaan anda.
Pindaan Kepada Notis Privasi
Notis Privasi ini boleh dipinda dari semasa ke semasa. Notis mana-mana pindaan tersebut akan disiarkan di laman web PUNB dan/atau melalui apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh PUNB.
Pertanyaan / Aduan / Komunikasi
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (antara [8:30 pagi hingga 5:30 petang] - Isnin hingga Khamis & antara [8:30 pagi hingga 4:30 petang] - Jumaat) melalui maklumat yang berikut:
Pusat Khidmat Pelanggan
1-300-13-7862
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Halaman 2 dari 3