PUNB telah dijemput ke Sesi Padanan Perniagaan (Business Matching) Untuk Kontraktor Grid EPCC 132kV pada 23 September 2025 di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Bangsar.
Sesi Padanan Perniagaan ini merupakan satu usaha Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memberi pendedahan seterusnya meningkatkan penglibatan lebih ramai vendor dalam sektor tenaga di Malaysia. Melalui sesi ini, TNB juga telah berkongsi hala tuju pembangunan sektor tenaga negara melalui National Energy Transition Roadmap (NETR) termasuklah perancangan bagi menjadi hub tenaga bagi rantau ASEAN.

Penglibatan PUNB dan kepercayaan yang diberikan oleh TNB mencerminkan komitmen PUNB dalam usaha menyokong dan meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera terutamanya bagi sektor tenaga.