PUNB telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor (BPFV), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada 5 Mac 2026 di pejabat Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Putrajaya.
Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh peranan PUNB dalam usaha menyokong dan meningkatkan penyertaan vendor Bumiputera di dalam sektor perkhidmatan kontrak. Disamping itu, PUNB juga berhasrat memastikan sokongan PUNB kepada vendor Bumiputera dapat diperluaskan kepada lebih ramai penerima manfaat dalam ekosistem pembangunan vendor di bawah pemantauan KUSKOP.

PUNB telah diwakili oleh Tn. Hj. Razlan Bin Bachik, Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan, Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan, Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan dan pegawai. Manakala pihak BPFV diwakili oleh Encik Adila Sabri bin Muhammad, Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor, YBhg. Datin Azira binti Othman, Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Pembangunan Vendor) dan pegawai.
Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah jalinan strategik yang lebih utuh demi memperkasa ekosistem vendor Bumiputera dalam sektor perkhidmatan kontrak.