Kunjungan hormat PUNB ke Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)

Kunjungan hormat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ke Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) telah berlangsung pada 21 April 2026 di Ibu Pejabat MGTC, Bandar Baru Bangi.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kefahaman strategik terhadap ekosistem tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy, RE) di Malaysia, khususnya melibatkan pembangunan industri bernilai tinggi, kesiapsiagaan pemain industri tempatan merentas rantaian nilai serta peranan MGTC sebagai peneraju nasional dalam memacu agenda peralihan tenaga dan pembangunan industri hijau negara.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada inisiatif sokongan sedia ada dan potensi kerjasama strategik, merangkumi pembangunan serta pemerkasaan bakat tempatan, pengukuhan syarikat PKS berasaskan teknologi termasuk teknologi hijau serta peluang sinergi antara MGTC dan agensi pembiayaan serta pembangunan usahawan seperti PUNB dalam mempercepatkan pengkomersialan teknologi hijau.

Selain itu, sesi ini turut menyentuh perkembangan terkini sektor RE di peringkat domestik dan antarabangsa, termasuk cabaran berkaitan akses pembiayaan, keperluan meningkatkan daya saing global serta kepentingan penyelarasan dasar dan pengukuhan ekosistem sokongan secara menyeluruh dan bersepadu.

Delegasi PUNB diketuai oleh Encik Khidzir Ahmad, Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan, bersama Tuan Haji Fakhrurrazi Mansur, Pengurus Pasukan Pembangunan Produk serta pegawai-pegawai PUNB. Pihak MGTC pula diwakili oleh Encik Khairul Ikhwan Jamaludin, Ketua Unit Pembiayaan dan Pelaburan, bersama Puan Azlina Hashim, Pengurus Strategi serta pegawai-pegawai MGTC.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan PUNB dalam meneroka peluang strategik baharu, khususnya dalam menyokong agenda pembangunan usahawan Bumiputera yang selari dengan pertumbuhan ekonomi hijau negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?