Memperkasa Usahawan Bumiputera di Setiap Langkah Perjalanan
PUNB komited dalam memperkasakan usahawan Bumiputera dengan pembiayaan yang bersesuaian, khidmat nasihat perniagaan dan bimbingan strategik. Perkhidmatan kami menyokong perniagaan di setiap peringkat, membantu mereka berkembang maju dan menyumbang kepada kekuatan ekonomi Bumiputera.
SKROL UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Pembiayaan Perniagaan
PUNB menyediakan pembiayaan perniagaan untuk membangunkan dan memperkasa usahawan Bumiputera serta perniagaan mereka agar berdaya maju dan berdaya tahan.
PUNB menyediakan sokongan perniagaan bagi membantu operasi dan pengurusan perniagaan Bumiputera ke arah tadbir urus yang lebih mampan. Inilah keunikan PUNB.
PUNB memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang. Insentif yang ditawarkan merupakan sebahagian penting daripada strategi bagi memperkukuh impak pembiayaan dan perkhidmatan PUNB serta menyokong pertumbuhan dan daya tahan usahawan Bumiputera.