Pembiayaan Perniagaan
PROSPER GREAT
Terokai pilihan pembiayaan yang disesuaikan untuk pemohon baharu memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan PUNB. Ketahui tentang kelayakan, syarat permohonan dan bagaimana PUNB menyokong usahawan dalam mencapai matlamat mereka.
PROSPER Great
Menawarkan pakej pembiayaan perniagaan untuk syarikat Bumiputera berpotensi tinggi bagi mengukuhkan kemampanan, diversifikasi dan transformasi dalam sektor strategik (termasuk sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Kejuruteraan) yang diluluskan PUNB merangkumi industri berimpak tinggi, tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau dan pembuatan termaju.
Jumlah Pembiayaan
Pembiayaan ditawarkan kepada Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dengan jumlah minimum RM1,000,000 sehingga maksimum RM10,000,000.
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 7 tahun
Kadar Keuntungan
- 5% setahun pada kadar rata
- 6.5% setahun berdasarkan baki harian
- 6.75% setahun berdasarkan baki bulanan
(tertakluk kepada tujuan pembiayaan)
Syarat Kelayakan
Pemilikan Bumiputera
- Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan oleh Bumiputera, selaras dengan Dasar Bumiputera yang ditetapkan.
Operasi
- Perniagaan/syarikat mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 36 bulan.
Jualan Tahunan
- Minimum jualan tahunan RM3 juta (berdasarkan penyata kewangan beraudit terkini)
Pematuhan Syariah
- Aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip Syariah.
Skop Pembiayaan
- Modal Kerja Am (termasuk pembelian stok/inventori, automasi, pendigitalan serta keperluan penerapan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) )
- Pembelian Aset Tetap (termasuk peralatan, kerja-kerja pengubahsuaian, automasi, pendigitalan dan pensijilan)
- Kos Berkaitan Pembiayaan.
Margin Pembiayaan
- Sehingga 90% daripada kos projek yang diluluskan, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan PUNB.
Cara Memohon
- Permohonan pembiayaan melalui PUNB Online