Pembiayaan Perniagaan
PROSPER IMPACT/NOVA
Terokai pilihan pembiayaan yang disesuaikan untuk pemohon baharu memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan PUNB. Ketahui tentang kelayakan, syarat permohonan dan bagaimana PUNB menyokong usahawan dalam mencapai matlamat mereka.
PROSPER Impact/Nova
PROSPER Impact
Menawarkan pakej pembiayaan perniagaan kepada syarikat melaksanakan projek atau kontrak yang diperoleh daripada organisasi bereputasi.
PROSPER Impact (e-PEROLEHAN)
Menawarkan pakej pembiayaan kepada syarikat bagi melaksanakan projek dan kontrak yang diperoleh daripada Kerajaan, dengan bayaran melalui sistem e-Perolehan dan disalurkan terus kepada PUNB.
PROSPER Nova
Menawarkan pakej pembiayaan bagi pelaksanaan projek atau kontrak yang diperoleh daripada Rakan Strategik PUNB dengan bayaran disalurkan terus kepada PUNB.
Jumlah Pembiayaan
Pembiayaan ditawarkan kepada:
Milikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)
- Pembiayaan dari RM100,000 sehingga maksimum RM1,000,000
- Pembiayaan melebihi RM1,000,000 hendaklah dinaik taraf kepada Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Pembiayaan sehingga had maksimum bagi setiap program:
- IMPACT sehingga RM5,000,000
- IMPACT e-Perolehan sehingga RM20,000,000
- NOVA sehingga RM20,000,000
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 7 tahun
Kadar Keuntungan
- 6.5% setahun berdasarkan baki harian
- 6.75% setahun berdasarkan baki bulanan
(tertakluk kepada tujuan pembiayaan)
Syarat Kelayakan
Pemilikan Bumiputera
- Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian Dan Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) hendaklah dimiliki sepenuhnya (100%) oleh individu Bumiputera.
- Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan oleh Bumiputera, selaras dengan Dasar Bumiputera yang ditetapkan.
Operasi
- Perniagaan/syarikat mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 24 bulan.
Pendapatan Tahunan
- Mencatatkan pendapatan minimum sebanyak RM500,000 bagi tempoh 12 bulan.
Pematuhan Syariah
- Aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip Syariah.
Projek atau Kontrak
- Daripada organisasi bereputasi, sistem e-Perolehan Kerajaan atau Rakan Strategik dengan pembayaran terjamin dan disalurkan terus kepada PUNB.
Skop Pembiayaan
- Modal Kerja Am (aktiviti berkaitan bekalan dan pelaksanaan projek atau kontrak)
- Kos Berkaitan Pembiayaan
Margin Pembiayaan
- Sehingga 90% daripada nilai setiap projek atau kontrak yang diterima oleh PUNB.
Cara Memohon
- Permohonan pembiayaan melalui PUNB Online