Sekitar Majlis Penutup Sukan Antara Fakulti (SUFA) Edisi ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia yang telah berlangsung pada 6 Disember 2024 bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM Kampus Nilai, Negeri Sembilan.

PUNB selaku Rakan Strategik SUFA Edisi ke-24 telah diberikan penghormatan menyampaikan pingat kepada pemenang acara olahraga yang dipertandingkan pada hari terakhir kejohanan.PUNB yang diwakili oleh Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi, Encik Ahmad Nazlee Idris juga turut menyampaikan piala pusingan kejohanan kepada pemenang acara berpasukan SUFA Edisi ke-24.

Majlis Penutup Sukan Antara Fakulti (SUFA) Edisi ke-24 ini telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusof, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia.
Penyertaan PUNB dalam SUFA Edisi ke-24 merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan awal berkenaan keusahawanan kepada mahasiswa USIM disamping memberi penerangan tentang peluang pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh PUNB serta program-program latihan keusahawanan khususnya program JumPER PUNB yang ditawarkan khas kepada graduan Bumiputera.