Bagi memangku visi, misi dan objektif kami, PUNB telah menggariskan Piagam Khidmat Pelanggan bagi memandu setiap pekerja ke arah mencapai tahap kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan. Piagam ini telah dihasilkan melalui rundingan dengan pelbagai jabatan dan kami percaya ianya akan meletakkan anda pada teras penyampaian perkhidmatan terbaik kami kepada setiap pelanggan.
Janji Kami
Perkhidmatan Kami
Saluran Komunikasi
Kami hargai setiap pertanyaan dan komen. Sila hubungi kami melalui saluran berikut:
Saluran |
Prosedur |
|
---|---|---|
Telefon |
Talian Awam: 03-2785 1515 Talian Bebas Tol: 1300-13-7862 |
|
Surat/Faks/ E-mel |
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat Ibu Pejabat: |
|
Pengunjung |
Pusat Khidmat Pelanggan Waktu Operasi: Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum |
|
Saluran Aduan
Kami menghargai semua aduan yang diterima. Setiap aduan akan kami pastikan semua dilayan secara persendirian dan berpandukan fakta. Masa tindak balas akan bergantung kepada kerumitan setiap kes.
Pengurusan Permohonan, Pelepasan dan Pembayaran
Kesungguhan Kami
Premis Kami
Adalah tanggungjawab kami memastikan premis kami sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun.
Harapan Kami
Kami bekerja berpandukan kepada polisi dan prosedur, oleh itu diharap para pelanggan dapat memahami dan mematuhi pada terma dan syarat kami bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati atau salah faham.
Pendapat Anda Tentang Khidmat Kami
Kami akan memastikan kemudahan pihak anda sentiasa lancar untuk menghubungi kami serta mendapatkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami. Kami komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu, kami ingin tahu pendapat anda untuk lebih maju.
P-Kod ialah Kod Amalan Baik Perniagaan PUNB yang merupakan panduan umum untuk menguruskan operasinya. Ia adalah panduan jelas untuk diserap dan diamal oleh Pengurusan dan warga kerja PUNB.
PUNB komited sepenuhnya membantu Bumiputera berjaya sebagai usahawan dengan memberi mereka asas keperluan perniagaan serta kebolehan untuk bersaing, berdaya tahan, rajin dan mampu berkembang. Atas semangat yang sama, PUNB ingin menggalakkan Pengurusan dan warga kerjanya untuk seiring dengan hasrat ini; bersikap positif, maju dan dinamik, berpegang kepada integriti, amanah dan kejujuran.
Dalam mengejar hasrat dan matlamat ini, PUNB inginkan semua warga kerjanya menerima tanggungjawab mereka dengan mematuhi semua dasar, undang-undang dan peraturan serta tahap piawaian profesional dan etika yang tertinggi di Malaysia.
Halaman 1 dari 2