Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani dilantik sebagai Pengerusi PUNB berkuat kuasa 1 September 2023.
Tan Sri Acryl Sani merupakan mantan Ketua Polis Negara yang ke-13 dari 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023 selepas menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dari 14 Ogos 2020 hingga 3 Mei 2021.
Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah memulakan kerjaya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis (ASP) pada 2 Februari 1986.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menjadi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020), Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (2017-2018), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2016-2017), Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Polis Komuniti (2014-2016), Ketua Polis Perak (2013), Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013), Timbalan Pengerusi (2010-2011) dan Bendahari Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (2005-2010), Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah (2007), Ketua Polis Terengganu (2006), Ketua Forensik Polis (2005), Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu (2004) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kampar (2002-2003).
Khidmat Tan Sri Acryl Sani turut diiktiraf apabila dikurniakan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada 1995, Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) pada 1997, Pingat Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P) pada 2011, Pingat Darjah Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S) pada 2014, Pingat Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P) pada 2016, Pingat Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) pada 2017, Pingat Panglima Jasa Negara (P.J.N) pada 2019, Pingat Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S) pada 2020, Pingat Darjah Panglima Pangkuan Negeri (D.P.P.N), Pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) dan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada 2021.
Kini, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah dan Timbalan Pengerusi bagi Dagang NeXchange Berhad (DNeX) sejak 1 Ogos 2023.