YB Khairy Jamaluddin (Pengerusi)
 |
YB Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Pengerusi PUNB berkuatkuasa pada 1 April 2012.
YB Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, juga mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
YB Khairy berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
|
Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Mohd Saleh Sulong
 |
Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Mohd Saleh bin Sulong dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah PUNB pada tahun 1997. Pada tahun yang sama, beliau dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM Berhad sehingga tahun 2006 dimana sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat tersebut.
Beliau juga ialah ahli kepada beberapa buah organisasi awam dan swasta seperti Lembaga Amanah Yayasan Kebajikan Negara,Yayasan Budiman Universiti Teknologi Mara dan Penasihat kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Selain penglibatan beliau dalam industri pemotoran selama 29 tahun, beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan seperti perkhidmatan kewangan, perkhidmatan kemudahan awam, insuran, hartanah dan pembinaan.
Tan Sri adalah ahli Chartered Institute of Management Accountants, United Kingdom.
|
Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin
 |
Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PUNB pada tahun 2000. Beliau yang berpengalaman selama lebih dari 30 tahun dalam bidang pendidikan negara dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1993. Pada tahun 1998, Tan Sri dilantik sebagai Penasihat Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pendidikan.
Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi International Bank Malaysia Berhad sehingga pergabungan bank-bank.Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Guthrie pada 2006. Tan Sri Dato' Wan Zahid juga menduduki kerusi Lembaga Pengarah sebagai ahli di beberapa buah syarikat seperti Sime Darby Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Nasional Berhad, Yayasan FELCRA Berhad dan Furukawa Sdn Bhd antara lain.
|
|
|
Tuan Haji Mohamed Haniffah S.M. Mydin
 |
Tuan Haji Mohamed Haniffah bin S.M. Mydin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PUNB pada tahun 2008.
Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun di dalam operasi kredit/sewabeli, rasional/penyusunan semula perniagaan dan juga aktiviti pembuatan dan pemborongan.
Tuan Haji memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengurus di Koperasi Usaha Bersatu (KUB) Malaysia Berhad pada 1981. Pada tahun 1983,beliau menyertai JUB Credit & Leasing Sdn Bhd sebagai Pengurus Besar dan mengetuai operasi kredit dan sewa beli sehingga 1985. Pada tahun yang sama, beliau meneruskan kerjaya di Advanced Electronics (M) Sdn Bhd (AESB ) sebagai Pengurus Kanan sebelum dilantik menjadi Pengurus Besar Kumpulan. Antara pencapaian beliau di AESB ialah apabila beliau berjaya mengembalikan keuntungan kumpulan syarikat sebanyak RM8-9 juta berbanding kerugian sebanyak RM4-5 juta.
Beliau juga menduduki kerusi Lembaga Pengarah di beberapa buah syarikat seperti Teck Seng Berhad, Elevale Temasek Sdn Bhd. dan Value Line Sdn Bhd antara lain. Tuan Haji kini ialah Presiden di Grand Consultants (MM2H) Sdn Bhd sejak 2006 dan juga ahli kepada Panel Penasihat MARA semenjak 1992.
|
Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah Salim
 |
Tan Sri Datuk Dr Rafiah Salim telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah PUNB pada 8 Oktober 2009.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya pada 1974 dan telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang kerjayanya di universiti tersebut. Beliau kemudian berhijrah daripada Universiti Malaya untuk menjadi Ketua Jabatan Undang-undang sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar, Jabatan Sumber Manusia Maybank pada 1991. Semasa di Maybank, beliau juga merupakan Profesor Adjung Perundangan di Universiti Pertanian Malaysia.
Pada 1995, Tan Sri Datuk Dr Rafiah telah dilantik sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia sebelum memegang jawatan Penolong Ketua Setiausaha, Pengurusan Sumber Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 1997.
Pada 2003, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Pusat Antarabangsa untuk Kepimpinan Kewangan dan kemudian menjadi Timbalan Canselor Universiti Malaya dari 2006 hingga 2009.
Pada masa ini, Tan Sri Datuk Dr Rafiah merupakan Pengarah dan Ketua Eksekutif, Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan juga merupakan Pengarah CEREBOS (Malaysia) Sdn Bhd dan Pengarah Bukan Eksekutif untuk Nestle (Malaysia) Berhad. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) semenjak 2004.
|
|