Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Februari 2025.

Delegasi DPUM diketuai YBhg. Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor, Presiden DPUM. Turut mewakili PUNB, Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Puan Norhazreen Abd Ghani, Ketua Unit Pemasaran & Pembangunan Usahawan; Encik Rafae Abd Rashid, Ketua Unit Pejabat Penyelaras Operasi Cawangan dan wakil Bahagian Perniagaan.


Kunjungan DPUM ini bertujuan mengenali PUNB dengan lebih dekat dan meneroka peluang kerjasama strategik untuk pembangunan usahawan Bumiputera.