PUNB telah mengadakan lawatan ke Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM), Kepong Park, Kuala Lumpur, pada 15 Januari 2025 sebagai langkah strategik dalam meninjau peluang yang boleh diterokai. Lawatan ini dijangka menjadi langkah permulaan bagi PUNB dalam memperluaskan lagi perkhidmatan serta sokongan perniagaan khususnya dalam bidang teknologi serta inovasi makanan dan minuman bagi memperkasa pembangunan usahawan Bumiputera.

Delegasi PUNB diketuai oleh Encik Taha Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan bersama Encik Mohd Fauzi Hashim dari Unit Projek Khas Automotif, Encik Mohd Rapi Yashim, Ketua Unit Latihan & Pembangunan Usahawan serta para pegawai PUNB.