PUNB telah menyertai MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 yang dirasmikan oleh Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki. Program ini diadakan dari 31 Oktober hingga 2 November 2025 di Perkarangan Stadium Bukit Jalil bagi memperkasa usahawan Bumiputera dalam industri automotif melalui platform pameran, jaringan perniagaan serta perkongsian teknologi.

Penyertaan PUNB sebagai pempamer adalah untuk memperkenalkan pelbagai produk pembiayaan, program bimbingan serta inisiatif sokongan keusahawanan kepada para pengunjung dan pemain industri. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan PUNB dalam memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan usahawan Bumiputera, khususnya dalam sektor automotif yang berdaya maju tinggi.

Selain itu, penglibatan PUNB turut menyokong transformasi industri automotif negara ke arah penerapan teknologi moden seperti kenderaan elektrik (EV), automasi, dan pembuatan inovatif, di samping menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan baharu dalam sektor ini.