Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Let’s Give Back @ Kuala Tahan 2025”

Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dengan kerjasama Pegawai Kelestarian telah memulakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Let’s Give Back @ Kuala Tahan 2025” pada 9 September 2025, bertempat di Sekolah Kebangsaan Pasir Durian, Jerantut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, mantan Pengerusi PUNB; En. Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; En. Yahaya bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Pasir Durian; Pn. Zakiah bt Mohammad, Guru Besar SK Merting; Pn. Norliza bt Ismail, Guru Besar SK Cebung; wakil PPD Jerantut; warga kerja PUNB; Yang Dipertua PIBG; serta barisan guru SK Pasir Durian.
Pada hari pertama, program dimulakan dengan penyerahan sumbangan PIBG kepada tiga buah sekolah iaitu SK Cebung, SK Merting dan SK Pasir Durian, selain agihan bakul makanan kepada golongan memerlukan dan asnaf di Kampung Pasir Durian, yang memberi manfaat langsung kepada para pelajar dan komuniti setempat. Program ini berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 September 2025, melibatkan penyerahan sumbangan kepada 10 buah sekolah, 3 kampung tradisional Melayu dan 8 kampung Masyarakat Orang Asli.
Secara keseluruhan, lebih 1,000 pelajar dan penduduk bakal menerima manfaat melalui bantuan pendidikan, agihan bakul makanan, bantuan selipar kepada masyarakat Orang Asli, serta pelbagai aktiviti libat urus komuniti. Inisiatif ini mencerminkan komitmen PUNB dalam memperkasa pendidikan, meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menyokong pembangunan inklusif, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 10 – Mengurangkan Ketidaksamaan).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?