PETRONAS melalui Tender Clinic With Sabahan Vendor tampil sebagai wahana strategik bagi memacu keupayaan vendor tempatan, memperkukuh daya saing industri, serta menzahirkan komitmen terhadap pembangunan mapan ekonomi Sabah.

Atas usaha tersebut, PUNB telah dijemput ke PETRONAS Tender Clinic With Sabahan Vendor pada 10 September 2025 di SICC, Kota Kinabalu.
Sesi Tender Clinic ini merupakan satu inisiatif PETRONAS untuk meningkatkan jumlah usahawan tempatan dalam industri minyak dan gas di Sabah, selaras dengan aspirasi Kerajaan Sabah untuk meningkatkan penglibatan vendor tempatan, membangunkan kapasiti, serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat Sabah.
Penglibatan PUNB terhadap kepercayaan yang diberikan oleh PETRONAS mencerminkan komitmen PUNB di dalam usaha menyokong dan meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera di dalam setiap rantaian ekonomi termasuk dalam sektor-sektor strategik.
