Selama lebih tiga dekad, PUNB berdiri bersama-sama Rakan Usahawan dan sektor keusahawanan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan bumiputera serta sekali gus membangunkan ekonomi negara tercinta ini.
Terima kasih kepada pemegang taruh, rakan-rakan kongsi strategik serta pemain-pemain industri dalam usaha menjayakan misi & visi PUNB.
Tidak dilupakan juga Rakan Usahawan serta Warga Kerja PUNB yang tetap setia bersama PUNB – terima kasih.
Moga masa depan terus membuka ruang untuk lebih banyak kejayaan agar kita Gemilang Bersama!