Pembiayaan Perniagaan
PROSPER GROW AUTO BIZ
Terokai pilihan pembiayaan yang disesuaikan untuk pemohon baharu memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan PUNB. Ketahui tentang kelayakan, syarat permohonan dan bagaimana PUNB menyokong usahawan dalam mencapai matlamat mereka.
PROSPER GROW AUTO BIZ
Pembiayaan untuk pusat servis yang memperoleh pelantikan eksklusif sebagai pengedar daripada Rakan Kerjasama Sah PUNB bagi produk minyak pelincir serta produk atau perkhidmatan berkaitan yang diterima oleh PUNB.
Jumlah Pembiayaan
- Milikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad
Pembiayaan minimum sebanyak RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 - Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd):
Pembiayaan minimum sebanyak RM100,000 sehingga maksimum RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 7 tahun
Kadar Keuntungan
- 3.5% setahun
Kelayakan Permohonan
- Perniagaan / Syarikat Berdaftar Bumiputera – Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad atau Syarikat Sendirian Berhad
- Terbuka kepada pusat servis baharu dan pusat servis sedia ada
- Pengedar / pengedar eksklusif yang sah daripada Rakan Kerjasama yang diterima oleh PUNB
- Aktiviti perniagaan hendaklah patuh Syariah
Skop Pembiayaan
- Modal kerja am
- Pembelian aset tetap dan kerja-kerja pengubahsuaian
- Kos berkaitan pembiayaan
Margin Pembiayaan
- Sehingga 90% daripada nilai projek yang diluluskan oleh PUNB dan tambahan 5% kos berkaitan pembiayaan
Cara Memohon
- Permohonan pembiayaan melalui PUNB Online.