Produk dan Perkhidmatan

PROSPER Hartanah

Pilih Hartanah PUNB untuk menjalankan perniagaan anda di lokasi strategik.

SKROL UNTUK MAKLUMAT LANJUT

PROSPER Hartanah

Peluang kepada usahawan bumiputera untuk menjalankan perniagaan di lokasi utama dan strategik dengan kadar sewaan yang kompetitif.

Terma & Syarat Sewaan
  • Tempoh sewaan minimum tiga (3) tahun
  • Deposit sekuriti empat (4) bulan
  • Bayaran duti setem akan ditetapkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan hendaklah dibayar oleh penyewa

 

Terma & syarat selanjutnya tertakluk kepada Surat Tawaran, Perjanjian Ijarah dan lain-lain Dokumen Sekuriti (sekiranya ada)
  • Kadar sewaan yang kompetitif
  • Lokasi premis perniagaan yang strategik di pusat-pusat bandar, kawasan tumpuan dan kawasan pembangunan baharu
  • Berpeluang untuk membeli premis perniagaan tersebut (mengikut harga pasaran semasa)*

 

*sila rujuk Syarat Kelayakan Pembelian Hartanah
  • Nilai harta semasa hartanah melebihi RM500,000 seperti yang disahkan oleh Panel Penilai PUNB
  • Jenis hartanah/bangunan - Lot kedai komersial atau bangunan perindustrian kecil
  • Bangunan yang telah siap dibina dan mempunyai Perakuan Siap & Pematuhan (CCC)

Rent-To-Own (RTO)

Rent-To-Own (RTO) merupakan sebuah program bertujuan membantu usahawan bumiputera memiliki hartanah yang sedang disewa dalam menjalankan perniagaan.

Syarat Kelayakan
  • Merupakan penyewa premis hartanah PUNB dan telah memenuhi tempoh penyewaan hartanah sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan rekod pembayaran yang baik.
  • Program yang berdasarkan prinsip syariah.
  • Harga pembelian dipersetujui awal pada pemulaan program melindungi pemohon daripada ketidakstabilan pasaran hartanah pada masa hadapan.
  • Tempoh sewaan sepanjang tempoh RTO memberi peluang kepada pemohon untuk memperbaiki skor kredit dan membina kestabilan kewangan secara menyeluruh.
  • Peluang memiliki hartanah lebih awal dapat menjimatkan pemohon daripada membayar sewa tambahan.

Sistem Sokongan Penyelenggaraan Hartanah

Mengurus dan memantau dengan cekap sokongan penyelenggaraan untuk hartanah milik PUNB bagi anda. Pantau pertanyaan anda dengan lancar menggunakan ID Pertanyaan unik anda.

Berminat? Hubungi Kami Sekarang!

Jika berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami di Unit Hartanah Strategik.

    Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

      Soalan 1

      Pengalaman Keseluruhan:

      Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

      Soalan 2

      Pencarian Maklumat:

      Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

      Soalan 3

      Bahagian Bantuan:

      Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

      Soalan 4

      Jangkaan Laman Sesawang:

      Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

      Soalan 5

      Kebarangkalian untuk Kembali:

      Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?