Pembiayaan Perniagaan
PROSPER GROW BIZ EXPRESS
Terokai pilihan pembiayaan yang disesuaikan untuk pemohon baharu memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan PUNB. Ketahui tentang kelayakan, syarat permohonan dan bagaimana PUNB menyokong usahawan dalam mencapai matlamat mereka.
PROSPER GROW BIZ EXPRESS
Akses pembiayaan yang lebih mudah bagi menyokong pengembangan usahawan Bumiputera ke tahap lebih tinggi dalam sektor peruncitan, perdagangan, pengedaran dan pembuatan.
Jumlah Pembiayaan
- Minimum RM100,000 sehingga maksimum RM300,000
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 7 tahun
Kadar Keuntungan
- 3.5% setahun
Kelayakan Permohonan
- Pemilikan Bumiputera
Pemilikan Tunggal, Perkongsian dan Perkongsian Liabiliti Terhad hendaklah dimiliki 100% oleh individu Bumiputera
- Operasi
Perniagaan mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 18 bulan kecuali perniagaan baharu iaitu perkhidmatan profesional dan pusat asuhan
- Perolehan Jualan
Minimum perolehan jualan RM300,000 bagi tempoh 12 bulan kecuali perniagaan baharu
- Pematuhan Syariah
Aktiviti perniagaan hendaklah patuh Syariah
Skop Pembiayaan
- Modal kerja am
- Kos berkaitan pembiayaan
Margin Pembiayaan
- Sehingga 90% daripada nilai projek yang diluluskan oleh PUNB dan tambahan 5% kos berkaitan pembiayaan
Cara Memohon
- Permohonan pembiayaan melalui PUNB Online.