Kategori: Malay

Majlis Qurban dan Silaturrahim PUNB 2024 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Jabatan Pengalaman Pekerja (E.X) dan Unit Syariah yang diadakan di Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City Bangsar, pada Rabu, 19 Jun 2024, berlangsung meriah.

Lebih 250 warga kerja dari Ibu Pejabat dan Pejabat PUNB Wilayah Tengah telah hadir ke program ini.

Sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja bergotong royong melapah daging korban dan memasak hidangan untuk makan tengah hari.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan dan Encik Azman Abdullah; Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi PUNB yang juga Presiden KSK.

Pada program ini, YBhg Tan Sri Acryl turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Asrama Darul Falah.

Hubungan dalam perniagaan merujuk kepada jaringan interaksi dan kerjasama antara pelbagai pihak yang terlibat dalam aktiviti perniagaan. Ini termasuk pelanggan, pembekal, pekerja, pelabur, rakan kongsi, serta pihak berkepentingan lain seperti pihak kerajaan dan komuniti. Hubungan yang baik dalam perniagaan adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kepercayaan, memperkukuh reputasi syarikat dan memperbaiki kualiti perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.

Hubungan dalam perniagaan amat penting dan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Berikut adalah beberapa kepentingan utama hubungan dalam perniagaan:

Secara keseluruhannya, hubungan dalam perniagaan bukan sahaja membantu dalam pencapaian matlamat perniagaan tetapi juga dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni dan produktif.

Menguruskan inventori dengan bijak merupakan aspek penting dalam operasi perniagaan yang berjaya. Dengan pengurusan inventori yang efisien, perniagaan dapat mengurangkan pembaziran, meningkatkan kecekapan operasi dan memaksimumkan keuntungan. Berikut adalah langkah-langkah praktikal untuk membantu perniagaan menguruskan inventori dengan bijak.

 

Kesimpulannya

Menguruskan inventori dengan bijak adalah kunci kepada kejayaan dalam perniagaan. Dengan mengikuti langkah-langkah praktikal ini, perniagaan dapat meningkatkan kecekapan operasi dan mencapai keuntungan yang lebih besar. Oleh itu, berikan perhatian yang sewajarnya kepada pengurusan inventori dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Memilih pembekal yang tepat adalah langkah penting dalam memastikan kelancaran operasi perniagaan serta kualiti produk atau perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan. Pemilihan pembekal yang baik bukan sahaja membantu meningkatkan kepuasan pelanggan, tetapi juga memastikan kecekapan dalam pengurusan rantaian bekalan. Berikut adalah langkah-langkah untuk pemilihan pembekal yang efektif dan berkesan:

Brand Awareness adalah penting untuk perniagaan kerana ia meletakkan asas untuk membina nilai jenama dan kesetiaan pelanggan. Brand Awareness yang kuat mempengaruhi pengguna dengan jenama dan penawarannya di mana ia boleh membawa kepada peningkatan jualan, kesetiaan pelanggan dan kelebihan daya saing.

Ia juga memudahkan pemasaran dari mulut ke mulut dan dapat menjadikan sesuatu jenama lebih berdaya tahan semasa krisis. Oleh itu, sesebuah perniagaan perlu melakukan pelaburan yang besar dalam usaha pemasaran dan penjenamaan untuk meningkatkan brand awareness mereka di kalangan khalayak sasaran.

Brand Awareness sangat penting dalam perniagaan kerana beberapa sebab iaitu:

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB melawat ke premis Rakan Usahawan PUNB, Bateriku.com yang terletak di Shah Alam dan LonG Setia Auto di Kayu Ara, pada Khamis, 4 April 2024.

Program lawatan bermula di Bateriku.com yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan Tan Sri Acryl dibawa melawat ke Bateriku Paddock dan pusat panggilan. Beliau diberi penerangan mengenai operasi syarikat oleh Encik Azarol Faizi Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com.

Lawatan kedua diteruskan di LonG Setia Auto Sdn Bhd iaitu Perodua 3S Kayu Ara. Tan Sri Acryl diberi penerangan mengenai operasi di Perodua 3S, selain berbincang mengenai cabaran yang dihadapi syarikat Rakan Usahawan PUNB dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan usahawan terus berdaya saing dan berdaya tahan.

Ketibaan Tan Sri Acryl disambut Encik Abdul Muner Hanafiah, Pengarah Urusan LonG Setia Auto yang juga Presiden Persatuan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO). Lawatan ini turut disertai Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, Encik Taha Ibrahim, Ketua Unit Projek Khas Automotif (SPAU).

Program Kongsi Rezeki Ramadan PUNB 2024 Siri-2 telah diadakan di Pasar Raya Besar Mydin USJ, Subang Jaya pada Rabu, 3 April 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini melibatkan seramai 17 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir cawangan USJ. Mereka dibawa membeli belah baju raya dan keperluan harian lain dengan dibantu warga kerja daripada Unit Komunikasi Korporat (C.C.U) dan Unit Shariah.

Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi dan Encik Mohd Yusri Aziz, Ketua Unit Shariah.

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa USIM yang telah diadakan di Executive Lounge, Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Selasa, 26 Mac 2024.

PUNB yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Fauzi Zakaria telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Sumbangan tersebut disalurkan bagi tujuan Projek Tabung It’am Muhtajin (Agihan Makanan) dan Projek Ibnu Sina (Bantuan Perubatan).

Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat PUNB, Encik Ahmad Sabri Ismail; Timbalan-Timbalan Naib Canselor USIM, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Wakaf & Zakat USIM, delegasi PUNB serta kakitangan USIM.

Wajah-wajah ceria 35 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir yang dibawa membeli belah, persiapan menyambut Aidilfitri sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan 2024 yang diadakan di Pasar Raya Besar Mydin di Subang Jaya, Khamis, 28 Mac 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini turut disertai YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi yang juga Pengerusi Zakat PUNB; Encik Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, ketua-ketua Jabatan dan warga kerja dari Unit Komunikasi Korporat dan Unit Shariah.

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa UMPSA yang telah diadakan di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, Pahang.

PUNB yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Ahmad Sabri Ismail telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM62,500 kepada Naib Canselor UMPSA, YH. Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Sumbangan tersebut dianggarkan dapat membantu 250 orang mahasiswa yang terpilih bagi menampung kos keperluan untuk mereka memulakan semester baharu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Tertinggi UMPSA turut hadir meraikan majlis tersebut.

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?