Kategori: X-tra

Kunjungan Hormat PUNB ke Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diadakan pada 31 Mac 2026 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

Objektif utama kunjungan ini adalah bagi memperkukuh pemahaman berhubung ekosistem pengurusan Halal di Malaysia khususnya berkaitan dasar pelaksanaan pensijilan Halal serta peranan strategik JAKIM dalam pembangunan industri Halal negara.

Perbincangan turut merangkumi pelaksanaan Sistem Pensijilan Halal Malaysia dan penambahbaikan program latihan Halal advokasi Halal termasuk aspek pembiayaan patuh Syariah kepada industri serta potensi kerjasama strategik dengan agensi pembiayaan dan pembangunan usahawan seperti PUNB. Sesi ini juga membincangkan perkembangan industri Halal di peringkat domestik dan antarabangsa di samping isu-isu semasa berkaitan pematuhan piawaian Halal cabaran industri serta peluang penambahbaikan ekosistem Halal secara menyeluruh.

Lawatan ini telah disambut baik oleh Ustaz Muhyidin Aziz @ Saari Pengarah Pengurusan Halal dan diiringi oleh Ustaz Imran Abd Rahman Penolong Pengarah Kanan Seksyen Advokasi dan Hubungan Industri bersama pegawai-pegawai JAKIM.

Delegasi PUNB pula diketuai oleh Encik Khidzir Ahmad Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan dan diiringi oleh Encik Mohd Rapi Yashim Pengurus Unit Latihan dan Pembangunan Usahawan bersama pegawai-pegawai PUNB.

Kunjungan Hormat PUNB ke UMW Aerospace telah diadakan pada 17 Mac 2026 di UMW High-Value Manufacturing Park, Serendah.

Objektif utama sesi ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam sektor aeroangkasa di Malaysia khususnya dari perspektif pemain Tier 1 serta kedudukan UMW Aerospace dalam kelompok 5% teratas daripada lebih 700 pembekal global Rolls-Royce.

Perbincangan turut merangkumi kaedah pengurusan vendor dalam rantaian nilai termasuk vendor penyepadu sistem, penyedia perkhidmatan MRO (Maintenance, Repair and Overhaul), perkhidmatan teknikal serta sokongan operasi. Selain itu, fokus juga diberikan kepada cabaran semasa yang dihadapi oleh vendor serta pendekatan penyelesaian yang dilaksanakan.

Sesi ini turut membincangkan kriteria umum yang perlu dipatuhi oleh vendor, jangkaan perkembangan industri dalam tempoh jangka pendek dan panjang serta pengaruh faktor pasaran domestik dan antarabangsa di samping isu-isu semasa.

Lawatan ini telah disambut baik oleh Encik Azarudin Manaf, Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan, UMW Aerospace. Delegasi PUNB pula diketuai oleh Tuan Haji Fakhrurrazi Mansur, Ketua Pasukan Pembangunan Produk dan diiringi oleh Encik Khidzir Ahmad, Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan bersama pegawai-pegawai PUNB.

Kunjungan Hormat PUNB ke Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (BUMIPEDA) telah diadakan pada 16 Mac 2026 di Ibu Pejabat BUMIPEDA. Lawatan ini bertujuan memperkukuh potensi kerjasama strategik dalam memantapkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam sektor stesen minyak, selaras dengan objektif BUMIPEDA sebagai persatuan yang mewakili pengusaha stesen minyak Bumiputera di seluruh negara.

Perbincangan yang diadakan memberi tumpuan kepada penyelarasan fungsi, pemantapan program pembangunan serta pengoptimuman kapasiti kedua-dua organisasi bagi memastikan pelaksanaan intervensi sokongan keusahawanan dapat dilaksanakan secara lebih berfokus, sistematik dan selari dengan keutamaan ekonomi negara.

Selain itu, BUMIPEDA turut mengajak PUNB untuk bersama-sama memacu agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui penganjuran program latihan khusus, pelibatan dalam sesi libat urus strategik bersama kementerian dan agensi kerajaan serta usaha meneroka peluasan akses pembiayaan PUNB kepada pengusaha stesen minyak di bawah naungannya. Inisiatif ini turut kukuh dengan peranan Koperasi BUMIPEDA Berhad (KOBB) yang ditubuhkan untuk membantu pengusaha menangani peningkatan kos dan menyediakan mekanisme sokongan ekonomi yang lebih teratur dan mampan.

PUNB turut menyatakan komitmen untuk menilai penambahbaikan serta memperkukuh penawaran pembiayaan yang lebih bersasar dengan tujuan menyokong pertumbuhan, kelestarian dan daya saing perniagaan usahawan Bumiputera dalam ekosistem BUMIPEDA. Kerjasama strategik ini dijangka membentuk satu rangka sokongan pembangunan yang lebih komprehensif dengan penekanan terhadap inovasi, peningkatan kecekapan dan ketahanan perniagaan dalam jangka masa panjang.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Tuan Ir. Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Iktisas Engenieurs diiringi oleh YBhg. Datin Hanny Julia Haron, Setiausaha Kehormat BUMIPEDA serta YBhg. Datuk Hj. Zulkifli Mohd, Anggota Lembaga KOBB bersama pegawai-pegawai BUMIPEDA.

Delegasi PUNB pula diketuai oleh Encik Khidzir Ahmad, Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan diiringi oleh Encik Shah Helmi Razali, Timbalan Pengurus Pasukan Hubungan Perniagaan serta Encik Ahmad Faris Haziq Rashidi, Timbalan Pengurus Pejabat Penyelaras Operasi Cawangan Kuala Lumpur bersama pegawai-pegawai PUNB.

Pejabat PUNB Wilayah Sabah telah mengadakan perjumpaan bersama TM Technology Services Sdn Bhd (TM), anak syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 10 Mac 2026.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh En. Amirshah Bin Idris, Ketua, Unifi Business bersama rakan sekerja dari TM, serta En. Ashaari Salleh, Ketua Pejabat Wilayah Sabah dan rakan sekerja mewakili PUNB.

Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera melalui pemanfaatan teknologi digital.

Antara fokus utama perbincangan adalah penyelesaian digital untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing usahawan Sabah; platform teknologi pintar bagi memperluas capaian pasaran; serta peluang pembiayaan PUNB untuk pengembangan perniagaan usahawan Sabah.

Kolaborasi ini menandakan langkah penting dalam menyokong agenda pendigitalan usahawan Bumiputera khususnya di Sabah, selaras dengan aspirasi negara menuju ekonomi digital yang inklusif dan mampan.

Sesi perbincangan strategik antara PUNB dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) telah diadakan pada 10 Mac 2026 di Ibu Pejabat PUNB.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam penyelarasan dan pengukuhan inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera di negeri Selangor. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang penyepadanan fungsi serta pengoptimuman keupayaan kedua-dua agensi bagi memastikan intervensi pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih terarah, sistematik dan selaras dengan keutamaan ekonomi negeri.

Sesi ini turut menilai pencapaian RetailX Accelerator Programme 2025 yang telah dilaksanakan bersama. Berdasarkan prestasi positif program tersebut, SIDEC mencadangkan agar kerjasama berkenaan diteruskan bagi pelaksanaan edisi tahun semasa. Di samping itu, SIDEC turut menjemput PUNB untuk menyertai inisiatif CXO Multi Million Growth Club serta meneroka peluasan penawaran pembiayaan PUNB kepada pemain Bumiputera dalam sektor digital di bawah naungan SIDEC.

PUNB menyatakan komitmen untuk memperkukuh penyediaan kemudahan pembiayaan yang lebih bersasar bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan usahawan Bumiputera dalam ekosistem SIDEC. Kerjasama yang sedang dirangka ini dijangka mewujudkan rangka sokongan yang lebih komprehensif, dengan fokus meningkatkan daya saing, inovasi dan ketahanan perniagaan usahawan Bumiputera secara mampan.

Delegasi SIDEC diketuai oleh Encik Ahmad Salman, Pengurus Jabatan Digitalisasi, Encik Faizuddin Abdullah, Pegawai Kanan Jabatan Digitalisasi dan Encik Muhammad Firman Firdaus Zainol, Eksekutif Jabatan Digitalisasi, SIDEC.

PUNB pula diwakili oleh Encik Muhammad Nafis Nirman, Penolong Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Saufi Abu Bakar, Penolong Pengurus Unit Latihan dan Pembangunan Usahawan, Cik Nurussyifa Nordin, Eksekutif Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan serta Encik Abd Muhaimin Abd Ghani, Eksekutif Pasukan Hubungan Perniagaan, PUNB.

Perbincangan di antara PUNB dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah diadakan pada 9 Mac 2026 bertempat di Ibu Pejabat PUNB.

Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan lebih mendalam mengenai potensi penyelarasan program pembangunan usahawan Bumiputera antara PUNB dan NCER. Keduadua pihak meneliti peluang untuk menyepadukan kekuatan masingmasing bagi memastikan usahawan Bumiputera di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menerima sokongan yang lebih terarah dan mampu meningkatkan daya saing perniagaan mereka.

Melalui kerjasama yang sedang diteliti, PUNB menzahirkan komitmen untuk menyediakan kemudahan pembiayaan yang lebih bersasar dan sesuai dengan keperluan usahawan Bumiputera dalam ekosistem NCER. NCER pula berkongsi fokus terhadap pemerkasaan usahawan melalui program latihan, bimbingan dan pembangunan kapasiti yang berstruktur termasuk sokongan akses pasaran.

Inisiatif bersama ini dijangka melahirkan rantaian sokongan yang lebih kukuh daripada peningkatan kemahiran dan kompetensi sehingga kepada penjanaan pertumbuhan perniagaan yang mampan. Keduadua pihak turut bersetuju menubuhkan mekanisme susulan bagi memperhalusi ruang kerjasama yang berpotensi memberi impak jangka pendek dan jangka panjang kepada komuniti usahawan Bumiputera.

Sesi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Fauzi Ahya, Pengurus Kanan Jabatan Pelaburan NCER dan Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan PUNB bersama pegawai-pegawai PUNB.

Unit Shariah dan Jawatankuasa Zakat PUNB telah menyempurnakan Majlis Serahan Replika Kunci Rumah Asnaf kepada penerima, Puan Norafizah Ibrahim, seorang ibu tunggal, melalui Program Santuni Kelantan 2026 yang dilaksanakan pada 9 Mac 2026 di Bachok, Kelantan.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Rastam bin Mohd Isa, Pengerusi PUNB, bersama Encik Badrulnizam Bahaman dan Puan Adleen Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah PUNB. Turut serta adalah Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi, bersama barisan pengurusan kanan serta pegawai-pegawai PUNB dari Ibu Pejabat dan Cawangan Kelantan.

Rumah tersebut merupakan salah satu inisiatif kebajikan di bawah Program Santuni Kelantan 2026 yang dilaksanakan menggunakan dana zakat wakalah PUNB bagi membantu golongan asnaf fakir yang memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Dalam majlis yang sama, PUNB turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima sebagai tanda keprihatinan dalam meringankan beban kehidupan harian.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen PUNB dalam menyalurkan dana zakat secara berimpak bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan, sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup penerima dan keluarganya.

Delegasi Program Santuni Kelantan 2026 telah meneruskan agenda dengan mengadakan lawatan ke premis rakan usahawan PUNB di sekitar Kota Bharu, Kelantan pada Isnin, 9 Mac 2026, bagi meninjau perkembangan perniagaan serta memahami cabaran yang dihadapi oleh usahawan tempatan.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Rastam bin Mohd Isa, Pengerusi PUNB, dan turut disertai oleh Encik Badrulnizam Bahaman dan Puan Adleen Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah PUNB; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi, serta ketua-ketua jabatan dan unit dari Ibu Pejabat PUNB, Ketua Pejabat Wilayah Pantai Timur, Ketua Pejabat Cawangan Kelantan, serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat dan Cawangan.


Antara premis yang dilawati ialah WR Concrete (M) Sdn. Bhd., yang mengusahakan penghasilan konkrit bancuhan siap serta pembekalan bahan binaan, dan Azam Auto Body Work (M) Sdn. Bhd., yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan sistem kenderaan, pembekalan alat ganti serta kerja-kerja ketuk badan kenderaan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PUNB dalam menyokong pembangunan usahawan Bumiputera melalui kemudahan pembiayaan serta pemantauan berterusan bagi memastikan perniagaan yang dibiayai terus berkembang dan berdaya saing.

PUNB melalui Jawatankuasa Zakat telah menyalurkan sumbangan kepada 20 orang pelajar Universiti MAIWP (UniMAIWP) yang terdiri daripada keluarga asnaf fakir dan miskin. Sesi penyerahan cek cura kepada UniMAIWP telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Faisal bin Mohd Basir, Ketua Jabatan Setiausaha Syarikat & Tadbir Urus PUNB.

Majlis berkenaan telah berlangsung pada 6 Mac 2026, bertempat di Dewan Jabir Ibnu Hayyan, Bangunan Akademik, Kampus UniMAIWP, Batu Muda. Setiap pelajar menerima sumbangan sebanyak RM2,000 bagi membantu menampung pembayaran yuran pengajian serta perbelanjaan sara hidup, sekali gus meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar dan keluarga mereka.

Selain berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan keusahawanan Bumiputera, PUNB turut komited dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan melalui sokongan terhadap bidang pendidikan. Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan PUNB dalam menyalurkan bantuan kepada pelajar universiti yang memerlukan, khususnya daripada golongan asnaf, agar mereka berpeluang meneruskan pengajian dengan lebih baik serta mencapai kecemerlangan akademik pada masa hadapan.

PUNB telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor (BPFV), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada 5 Mac 2026 di  pejabat Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Putrajaya.

Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh peranan PUNB dalam usaha menyokong dan meningkatkan penyertaan vendor Bumiputera di dalam sektor perkhidmatan kontrak. Disamping itu, PUNB juga berhasrat memastikan sokongan PUNB kepada vendor Bumiputera dapat diperluaskan kepada lebih ramai penerima manfaat dalam ekosistem pembangunan vendor di bawah pemantauan KUSKOP.

 PUNB telah diwakili oleh Tn. Hj. Razlan Bin Bachik, Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan, Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan, Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan dan pegawai. Manakala pihak BPFV diwakili oleh Encik Adila Sabri bin Muhammad, Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor, YBhg. Datin Azira binti Othman, Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Pembangunan Vendor) dan pegawai.

Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah jalinan strategik yang lebih utuh demi memperkasa ekosistem vendor Bumiputera dalam sektor perkhidmatan kontrak.

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?