Kategori: X-tra

PUNB telah mengadakan lawatan ke Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) di Bandar Baru Bangi, Selangor pada hari ini sebagai langkah strategik dalam meninjau peluang yang boleh diterokai.
Delegasi PUNB diketuai oleh Encik Mohd Rapi Yashim, Ketua Unit Latihan & Pembangunan Usahawan serta para pegawai PUNB.
Lawatan ini bertujuan meninjau peluang kerjasama dalam meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di kalangan usahawan Bumiputera.
PUNB hadir di Sesi Libat Urus TNB Bersama Vendor Bumiputera Siri 2 pada 4 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, Bangsar. Dengan tema “Memangkin Kelestarian Ekosistem Bumiputera Dalam Era Peralihan Tenaga”, sesi ini fokus pada akses pembiayaan, tenaga kerja berkemahiran tinggi (TVET Learn to Work Program), Projek NETR, dan pembangunan vendor Bumiputera.
Wakil PUNB, Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan bersama para pegawai PUNB turut serta untuk berkongsi info pembiayaan perniagaan & peluang kolaborasi.
Terima kasih TNB atas inisiatif hebat ini!
Gemilang bersama, terus melakar kejayaan!
Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Februari 2025.

Delegasi DPUM diketuai YBhg. Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor, Presiden DPUM. Turut mewakili PUNB, Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Puan Norhazreen Abd Ghani, Ketua Unit Pemasaran & Pembangunan Usahawan; Encik Rafae Abd Rashid, Ketua Unit Pejabat Penyelaras Operasi Cawangan dan wakil Bahagian Perniagaan.
Kunjungan DPUM ini bertujuan mengenali PUNB dengan lebih dekat dan meneroka peluang kerjasama strategik untuk pembangunan usahawan Bumiputera.
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa, 21 Januari 2025.

Delegasi Perdasama diketuai Encik Mohd Azamanizam Baharon, Presiden Perdasama Nasional, diiringi Ahli Jawatankuasa Perdasama Nasional, Perdasama cawangan Putrajaya dan Perak. Turut serta mewakili PUNB, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi; Encik Taha Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan, wakil Bahagian Perniagaan dan Unit Pemasaran.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang dan kerjasama strategik bagi memperkasa dan memajukan usahawan bumiputera di Malaysia.

Unit Projek Khas Automotif (SPAU) di bawah Jabatan Pembangunan Usahawan (EDD) telah mengadakan lawatan ke tiga premis Rakan Usahawan di sekitar Shah Alam, Selangor dan Ipoh, Perak pada bulan Januari 2025. Sesi lawatan ini bertujuan untuk membincangkan tentang program latihan teknikal EV, serta latihan gearbox dan sistem penyejuk kenderaan ringan yang akan diadakan pada tahun ini.

Delegasi PUNB yang hadir terdiri daripada Encik Taha Ibrahim, Ketua EDD; Encik Mohd Fauzi Hashim, Ketua SPAU, serta para pegawai PUNB.
Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur telah menerima kunjungan hormat daripada AKPK Kuala Terengganu yang diketuai oleh Encik Mohd Azizuddin Abdullah pada Khamis, 16 Januari 2025. PUNB yang diwakili oleh Encik Khairul Rizal Abdullah, Ketua Pejabat Wilayah Pantai Timur dan Puan Rohana Mahamad, telah berkongsi mengenai peranan PUNB dan berbincang tentang potensi kerjasama untuk menyokong usahawan dan bakal usahawan PUNB.

Pihak AKPK juga telah memberi penerangan tentang fungsi AKPK. Perbincangan ini diharapkan dapat membuka jalan untuk bekerjasama mengadakan program-program hebat yang bakal membantu komuniti keusahawanan terus maju.
PUNB telah mengadakan lawatan ke Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM), Kepong Park, Kuala Lumpur, pada 15 Januari 2025 sebagai langkah strategik dalam meninjau peluang yang boleh diterokai. Lawatan ini dijangka menjadi langkah permulaan bagi PUNB dalam memperluaskan lagi perkhidmatan serta sokongan perniagaan khususnya dalam bidang teknologi serta inovasi makanan dan minuman bagi memperkasa pembangunan usahawan Bumiputera.
Delegasi PUNB diketuai oleh Encik Taha Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan bersama Encik Mohd Fauzi Hashim dari Unit Projek Khas Automotif, Encik Mohd Rapi Yashim, Ketua Unit Latihan & Pembangunan Usahawan serta para pegawai PUNB.
Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO) mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi PUNB di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, KL Sentral pada Isnin, 6 Januari 2025.
Delegasi BRO diketuai Presidennya, YBhg. Dato’ Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar dan disertai barisan jawatankuasa tertinggi dan Ahli Majlis, manakala PUNB diwakili Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi dan Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan, Encik Taha Ibrahim.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baharu BRO dan mengadakan perbincangan strategik untuk meneroka peluang-peluang baharu, sekali gus memperkasa usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan.
PUNB telah menganjurkan program Pengurusan Aliran Tunai pada 23 & 24 Disember 2024 bertempat di Hotel Weil, Ipoh, Perak. Seramai 33 Rakan Usahawan PUNB telah mengambil bahagian dalam program ini yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman, Coach SB Syed Bismit.
Program ini penuh dengan input bermanfaat, perbincangan mendalam, dan strategi praktikal untuk mengurus aliran tunai dengan lebih cekap dan berkesan. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi komitmen dan menjadikan program ini begitu informatif.
A Teh Tarik Session with E-Invoice Talk was held with 25 Rakan Usahawan PUNB Perak and PUNB Officers from the Perak Branch Office on Friday, 20th December 2024, at the Perak Branch Office, Ipoh.
The insightful session on the e-invoice system (MyInvois) provided comprehensive information on e-invoicing benefits, compliance requirements, and practical applications. There was also an interactive Q&A session addressing technical challenges and system integration. Additionally, Rakan Usahawan PUNB had the opportunity to network during this engaging session.
Special thanks to Cik Noor Hasanah Zakaria, Head of Perak Branch Office for the opening remarks and the LHDN team for their informative presentation. Feedback was overwhelmingly positive, with participants expressing interest in more detailed workshops. This session reflects PUNB’s commitment to supporting businesses in embracing digital transformation for greater efficiency and compliance.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?