Memperkasa Sinergi Keusahawanan: PUNB & TEKUN Nasional Teroka Kerjasama Strategik
PUNB terus komited dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera menerusi satu sesi perbincangan strategik bersama TEKUN Nasional yang telah berlangsung pada 14 April 2026 di Menara TEKUN, Kuala Lumpur.
Fokus utama pertemuan ini adalah untuk meneroka ruang kolaborasi dalam memberikan nilai tambah kepada usahawan mikro TEKUN, khususnya bagi membantu mereka melonjak ke skala perniagaan yang lebih tinggi melalui sokongan PUNB. Selain itu, kedua-dua agensi turut membincangkan pelaksanaan program keusahawanan secara bersepadu demi impak yang lebih menyeluruh.
Delegasi PUNB telah diketuai oleh Tuan Haji Razlan Bin Bachik (Pengurus Besar Bahagian Perniagaan) dan Puan Azizah Ahmad (Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan), manakala pihak TEKUN Nasional diketuai oleh Tuan Haji Aishamuddin Zulkefli (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perancangan & Pembangunan).
