Kunjungan Hormat PUNB ke Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu Semikonduktor Malaysia telah diadakan pada 2 April 2026 bertempat di PFCC Puchong.
Objektif utama kunjungan ini adalah bagi memperkukuh pemahaman berhubung ekosistem industri semikonduktor di Malaysia khususnya melibatkan pembangunan reka bentuk litar bersepadu peranan pemain industri tempatan rantaian nilai semikonduktor bernilai tinggi serta peranan strategik Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dalam memacu pembangunan industri semikonduktor negara.
Perbincangan turut merangkumi inisiatif sokongan yang disediakan pembangunan dan pemerkasaan bakat tempatan pengukuhan syarikat PKS berasaskan teknologi semikonduktor serta potensi kerjasama strategik dengan agensi pembiayaan dan pembangunan usahawan seperti PUNB.

Selain itu sesi ini membincangkan perkembangan industri semikonduktor di peringkat domestik dan antarabangsa di samping isu-isu semasa berkaitan akses kepada pembiayaan komersialisasi teknologi daya saing global keperluan penyelarasan dasar dan ekosistem serta peluang penambahbaikan ekosistem semikonduktor secara menyeluruh.
Lawatan ini telah disambut oleh Encik Lee Wai Meng Pengurus Pembangunan Perniagaan Bahagian Semikonduktor dan Modal Teroka bersama pegawai-pegawai SIDEC.
Delegasi PUNB pula diketuai oleh Encik Khidzir Ahmad Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan dan diiringi oleh Cik Zulia Nathashia Mohamad Timbalan Pengurus Pasukan Pembangunan Produk bersama pegawai-pegawai PUNB.