Kategori: Malay

Karya terbitan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SARAnghae, telah dinobatkan sebagai Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34).

Mengangkat tema kasih, ketabahan dan harapan, SARAnghae membuktikan bahawa karya yang lahir dari hati mampu menyentuh jiwa ramai. Di sebalik jalan ceritanya, tersirat semangat “Usaha, Doa & Tawakal” yang menjadi pegangan PUNB dalam membina insan dan usahawan berjiwa besar.

Kemenangan ini adalah hasil dedikasi seluruh warga kerja produksi Rastech Worldwide Sdn Bhd; barisan pelakon Vanidah Imran, Nafiz Muaz, Umar Shakur dan MonRasli Aswad; serta pasukan di belakang tabir yang mempercayai bahawa setiap kisah mampu membawa inspirasi.

Terima kasih kepada FINAS, Kementerian Komunikasi, serta semua yang terus memberi kepercayaan kepada kami.

SARAnghae bukan sekadar kisah rindu seorang anak kepada ibunya, tetapi kisah tentang harapan dan kekuatan seiring dengan semangat PUNB yang percaya bahawa setiap usaha mampu mengubah masa depan.

🎥 Saksikan kisah penuh makna ini di pautan berikut:

PUNB telah menyertai MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 yang dirasmikan oleh Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki. Program ini diadakan dari 31 Oktober hingga 2 November 2025 di Perkarangan Stadium Bukit Jalil bagi memperkasa usahawan Bumiputera dalam industri automotif melalui platform pameran, jaringan perniagaan serta perkongsian teknologi.


Penyertaan PUNB sebagai pempamer adalah untuk memperkenalkan pelbagai produk pembiayaan, program bimbingan serta inisiatif sokongan keusahawanan kepada para pengunjung dan pemain industri. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan PUNB dalam memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan usahawan Bumiputera, khususnya dalam sektor automotif yang berdaya maju tinggi.

Selain itu, penglibatan PUNB turut menyokong transformasi industri automotif negara ke arah penerapan teknologi moden seperti kenderaan elektrik (EV), automasi, dan pembuatan inovatif, di samping menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan baharu dalam sektor ini.

Sarawak kini muncul sebagai salah satu pusat pertumbuhan ekonomi yang paling rancak di Malaysia Timur. Dengan landskap perniagaan yang semakin matang, ramai usahawan tempatan membuktikan bahawa negeri ini bukan sahaja kaya dengan sumber alam, malah berpotensi melahirkan jenama dan produk bertaraf antarabangsa.

Dalam artikel ini, dua usahawan dari industri berbeza — Ahmad Tamar Sdn Bhd dan SPL Food Industries Sdn Bhd — berkongsi pandangan mengenai dunia perniagaan di Sarawak serta harapan terhadap masa depan keusahawanan tempatan.

 

Walaupun dua usahawan ini berasal daripada industri berbeza, pandangan mereka amat jelas dengan membuktikan bahawa masa depan keusahawanan Sarawak sangat cerah. Dengan kombinasi kreativiti, kerja keras dan sokongan ekosistem perniagaan yang semakin matang, lebih banyak jenama dari Bumi Kenyalang dijangka akan menyerlah di peringkat lebih luas.

 

Dalam dunia keusahawanan hari ini, produk yang menang bukan yang paling murah, tetapi yang paling difahami nilainya. Kurma dan gula apong mungkin telah lama wujud dalam budaya pemakanan masyarakat, namun segelintir usahawan melihatnya dari sudut berbeza — bukan sekadar bahan makanan, tetapi platform inovasi.

 

Kesimpulan

Kurma dan gula apong tidak berubah. Cara kita melihatnya yang berubah. Apabila produk tradisi diangkat dengan inovasi, strategi dan visi yang jelas, ia mampu menembusi pasaran moden dan mencipta impak jangka panjang.

 

Program Tanggungjawab Korporat PUNB melalui inisiatif Sekolah Angkat MADANI anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Oktober 2025 di Sekolah Kebangsaan Pasangan, Kampung Kuantan, Bestari Jaya, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Indera Ikmalrudin bin Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM, dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM bersama barisan pengurusan tertinggi JPM, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, para guru serta PIBG.

PUNB adalah rakan strategik kepada program ini dan diwakili oleh En. Mahathir Latib, Ketua Unit Pejabat Pegawai Eksekutif, yang turut hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa 164 set alat tulis kepada murid-murid dan 23 set peralatan mengajar kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pasangan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka.


Penyertaan PUNB dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa pembangunan pendidikan yang inklusif, progresif dan berdaya saing.

Pada hari Selasa, 28 Oktober 2025, Pejabat Wilayah Utara telah menganjurkan Sesi Jaringan Usahawan PUNB Perlis yang diadakan di Bilik Seminar Savana Hotel, Kuala Perlis.

Program ini disertai oleh 21 Rakan Usahawan Pulau Pinang, wargakerja Pejabat Wilayah Utara, serta wakil daripada PERKESO Negeri Perlis yang dijemput khas bagi menyampaikan taklimat mengenai fungsi dan peranan PERKESO.

Sesi ini memberi peluang kepada Rakan Usahawan yang juga majikan untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada pihak PERKESO berkaitan keperluan dan manfaat caruman bagi majikan serta pekerja. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah dan memperluas jaringan kerjasama antara Rakan Usahawan PUNB Perlis dengan wargakerja Pejabat Wilayah Utara.

PUNB telah menyertai Johor Business Summit & Expo 2025 yang telah diadakan pada 25 hingga 26 Oktober 2025 di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor. Penyertaan ini menjadi platform strategik bagi PUNB untuk memperkenalkan peranan serta inisiatifnya dalam memperkasakan usahawan Bumiputera melalui pelbagai kemudahan pembiayaan dan bimbingan perniagaan yang ditawarkan.

Selain itu, penyertaan ini juga bertujuan memperkukuh kehadiran PUNB di negeri Johor serta memperluas jangkauan kepada golongan usahawan Bumiputera. Melalui penganjuran ini, PUNB berusaha meningkatkan kesedaran tentang peranannya sebagai agensi pembangunan usahawan Bumiputera, mendekati usahawan tempatan, memperkukuh jaringan strategik dengan pelbagai pihak, serta menggalakkan lebih ramai usahawan memanfaatkan peluang, kemudahan dan sokongan yang disediakan.

Program Karnival Komuniti Siri 1/2025 anjuran PUNB dengan kerjasama PPZ-MAIWP telah diadakan pada 25 Oktober 2025 di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah wakil PPZ-MAIWP, Pengerusi Persatuan Penduduk, Pengurusan Masjid Abu Ubaidah Wangsa Maju serta Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB, Encik Fauzi Zakaria bersama pegawai PUNB.

Program ini bertujuan menyantuni komuniti asnaf melalui penyaluran sumbangan zakat sebanyak RM10,000 bagi pembekalan dan pengagihan 100 bakul makanan kepada keluarga yang layak. PUNB bertindak sebagai penyalur dana zakat (Wakalah) manakala PPZ-MAIWP menguruskan pelaksanaan program.

Selain pengagihan bakul makanan, turut diadakan ziarah asnaf terlantar sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan. Program ini memperkukuh kerjasama strategik PUNB dan PPZ-MAIWP, di samping mencerminkan komitmen PUNB terhadap kesejahteraan komuniti dan pembangunan ummah.

Port of Tanjung Pelepas (PTP) Vendor Day 2025 diadakan di PTP Arena, Gelang Patah, Johor pada 16 Oktober 2025 sebagai platform strategik untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, syarikat dan vendor tempatan. Penyertaan PUNB dalam program ini bertujuan memperkenalkan peranan serta fungsi PUNB sebagai agensi utama dalam pembangunan usahawan Bumiputera, di samping mempromosikan pelbagai program pembiayaan dan khidmat sokongan keusahawanan yang ditawarkan.

Melalui penyertaan ini, PUNB berpeluang mendekati vendor-vendor Bumiputera dengan lebih meluas, memperkukuh hubungan strategik serta memperluas capaian kepada kumpulan sasaran baharu. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan PUNB dalam memperkasa daya saing, keupayaan dan kelestarian vendor Bumiputera agar mampu berkembang ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB “Ray of Happiness” telah dilaksanakan selama lima hari bermula 7 hingga 11 Oktober 2025 di daerah Lawas, Sarawak, memberi manfaat kepada lebih 520 pelajar daripada tiga buah sekolah iaitu SK Pusat Lawas, SMK Lawas dan SK Agama Lawas.


Program ini dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dengan kerjasama Pegawai Kelestarian (Sustainability Officer) PUNB, sebagai usaha berterusan membantu pelajar daripada keluarga asnaf dan anak yatim memperoleh penglihatan yang lebih baik bagi meningkatkan keupayaan pembelajaran mereka.

Inisiatif ini menampilkan aktiviti pemeriksaan mata percuma yang dijalankan oleh rakan usahawan PUNB, Encik Samsul Supardi dari Borneo Optometry Clinic, Tawau, Sabah. Hasil pemeriksaan tersebut, seramai 237 pelajar didapati memerlukan cermin mata yang diberikan secara percuma. Selain itu, PUNB turut menyumbangkan set alat tulis kepada semua pelajar sebagai galakan pembelajaran.

Turut hadir ialah Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Puan Shariza Sapuan, Ketua Pejabat Wilayah Sarawak; serta wakil warga kerja daripada Pejabat PUNB Miri, Kuching dan Ibu Pejabat.

Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjurannya di Tawau dan Ranau, Sabah, dengan objektif menyantuni komuniti luar bandar serta menyokong agenda pendidikan inklusif melalui penjagaan kesihatan mata.

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?