Kategori: X-tra

Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dengan kerjasama Pegawai Kelestarian telah memulakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Let’s Give Back @ Kuala Tahan 2025” pada 9 September 2025, bertempat di Sekolah Kebangsaan Pasir Durian, Jerantut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, mantan Pengerusi PUNB; En. Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; En. Yahaya bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Pasir Durian; Pn. Zakiah bt Mohammad, Guru Besar SK Merting; Pn. Norliza bt Ismail, Guru Besar SK Cebung; wakil PPD Jerantut; warga kerja PUNB; Yang Dipertua PIBG; serta barisan guru SK Pasir Durian.
Pada hari pertama, program dimulakan dengan penyerahan sumbangan PIBG kepada tiga buah sekolah iaitu SK Cebung, SK Merting dan SK Pasir Durian, selain agihan bakul makanan kepada golongan memerlukan dan asnaf di Kampung Pasir Durian, yang memberi manfaat langsung kepada para pelajar dan komuniti setempat. Program ini berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 September 2025, melibatkan penyerahan sumbangan kepada 10 buah sekolah, 3 kampung tradisional Melayu dan 8 kampung Masyarakat Orang Asli.
Secara keseluruhan, lebih 1,000 pelajar dan penduduk bakal menerima manfaat melalui bantuan pendidikan, agihan bakul makanan, bantuan selipar kepada masyarakat Orang Asli, serta pelbagai aktiviti libat urus komuniti. Inisiatif ini mencerminkan komitmen PUNB dalam memperkasa pendidikan, meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menyokong pembangunan inklusif, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 10 – Mengurangkan Ketidaksamaan).
PETRONAS melalui Tender Clinic With Sabahan Vendor tampil sebagai wahana strategik bagi memacu keupayaan vendor tempatan, memperkukuh daya saing industri, serta menzahirkan komitmen terhadap pembangunan mapan ekonomi Sabah.
Atas usaha tersebut, PUNB telah dijemput ke PETRONAS Tender Clinic With Sabahan Vendor pada 10 September 2025 di SICC, Kota Kinabalu.
Sesi Tender Clinic ini merupakan satu inisiatif PETRONAS untuk meningkatkan jumlah usahawan tempatan dalam industri minyak dan gas di Sabah, selaras dengan aspirasi Kerajaan Sabah untuk meningkatkan penglibatan vendor tempatan, membangunkan kapasiti, serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat Sabah.
Penglibatan PUNB terhadap kepercayaan yang diberikan oleh PETRONAS mencerminkan komitmen PUNB di dalam usaha menyokong dan meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera di dalam setiap rantaian ekonomi termasuk dalam sektor-sektor strategik.
PUNB BizVengers telah mengadakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan kepada para usahawan di bawah Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita (WENA) dan Institut of Public Accountant (IPA) pada 17 Februari 2025 di Pejabat IPA, Q Sentral, Kuala Lumpur.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan dan peluang kepada usahawan-usahawan yang hadir untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi bersama PUNB di samping pelbagai perkongsian ilmu mengenai keusahawanan.
Gemilang bersama, terus kita melakar kejayaan dan memacu pembangunan ekonomi negara.
PUNB BizVenggers dan Pegawai PUNB Pejabat Cawangan Tawau telah mengadakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan sempena Program Gerak Usahawan Sabah Peringkat Zon Tawau pada 15 & 16 Februari 2025 di Kolej Tingkatan 6 Tawau, Sabah.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan dan peluang kepada para usahawan yang berada di Tawau untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi bersama PUNB.
Gemilang bersama, terus kita melakar kejayaan dan memacu pembangunan ekonomi negara.
PUNB BizVengers telah mengadakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan kepada para usahawan dari Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) pada 13 Februari 2025 di Pejabat DPUM, Setapak.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan dan peluang kepada usahawan DPUM untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi bersama PUNB.
PUNB BizVengers telah mengadakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan dan membuka kaunter informasi di Program Jelajah Usahawan & Karnival Usahawan Negeri Melaka DUN Pangkalan Batu pada 12 Februari 2025 di Japerun DUN Pangkalan Batu, Melaka.
Terima kasih kepada semua usahawan yang hadir dan bersama kami sepanjang di sana!
Gemilang bersama, terus kita melakar kejayaan dan memacu pembangunan ekonomi negara.
PUNB BizVengers telah menyertai Pernas International Franchise Festival (PIFF) 2025  bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre dari 7 hingga 9 Februari 2025. Sepanjang pameran berlangsung, mereka telah berkongsi maklumat tentang pembiayaan, perkhidmatan dan inisiatif PUNB yang dapat membantu usahawan melangkah lebih jauh.
Gemilang bersama, terus kita melakar kejayaan dan memacu pembangunan ekonomi negara.
PUNB telah mengadakan lawatan ke Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) di Bandar Baru Bangi, Selangor pada hari ini sebagai langkah strategik dalam meninjau peluang yang boleh diterokai.
Delegasi PUNB diketuai oleh Encik Mohd Rapi Yashim, Ketua Unit Latihan & Pembangunan Usahawan serta para pegawai PUNB.
Lawatan ini bertujuan meninjau peluang kerjasama dalam meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di kalangan usahawan Bumiputera.
PUNB hadir di Sesi Libat Urus TNB Bersama Vendor Bumiputera Siri 2 pada 4 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, Bangsar. Dengan tema “Memangkin Kelestarian Ekosistem Bumiputera Dalam Era Peralihan Tenaga”, sesi ini fokus pada akses pembiayaan, tenaga kerja berkemahiran tinggi (TVET Learn to Work Program), Projek NETR, dan pembangunan vendor Bumiputera.
Wakil PUNB, Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan bersama para pegawai PUNB turut serta untuk berkongsi info pembiayaan perniagaan & peluang kolaborasi.
Terima kasih TNB atas inisiatif hebat ini!
Gemilang bersama, terus melakar kejayaan!
Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Februari 2025.

Delegasi DPUM diketuai YBhg. Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor, Presiden DPUM. Turut mewakili PUNB, Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Puan Norhazreen Abd Ghani, Ketua Unit Pemasaran & Pembangunan Usahawan; Encik Rafae Abd Rashid, Ketua Unit Pejabat Penyelaras Operasi Cawangan dan wakil Bahagian Perniagaan.
Kunjungan DPUM ini bertujuan mengenali PUNB dengan lebih dekat dan meneroka peluang kerjasama strategik untuk pembangunan usahawan Bumiputera.
Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?