PUNB

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Program Rumah Baru ASNAF PUNB kepada pasangan suami isteri warga emas di Kampung Bagan Tengkorak.

Jelas Noh, senarai semua penerima ini diperoleh menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang terdiri daripada asnaf dan layak menerima bantuan berkenaan.

Apakah inisiatif yang ditawarkan oleh PUNB untuk perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19?

Penyerahan cek sumbangan kepada kerajaan negeri Pahang bagi bantuan mangsa-mangsa banjir berjumlah RM100,000 oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Pengerusi PUNB kepada YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.


Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bertindak proaktif dengan memberi penangguhan pembayaran pembiayaan ke atas prinsipal dan tawaran diskaun sebanyak 50 peratus sewa premis perniagaan PUNB selama enam bulan berkuat kuasa 1 Januari lalu membabitkan kutipan berjumlah RM112.5 juta. Ia merupakan salah satu usaha untuk membantu usahawan kekal berdaya tahan dan berdaya saing ketika pandemik COVID-19 masih menular di negara ini.

“Jangan lokek berkongsi ilmu dengan rangkaian perniagaan anda. Rajinlah hadirkan diri ke majlis keramaian. Semakin ramai yang anda jumpa, semakin banyak peluang rangkaian perniagaan untuk anda. Berikan bantuan kepada rakan perniagaan meskipun mereka dalam bidang yang berbeza. Hasilnya, anda dapat membina hubungan perniagaan yang berkekalan,” petikan daripada IrfanKhairi.com oleh Dr. Noor Irfan Khairi Noor Azmi, Tokoh Jutawan Internet.

Rangkaian perniagaan sangat penting dalam menjalin hubungan kerjasama dengan pihak lain. Rangkaian perniagaan yang kukuh mampu mewujudkan banyak peluang baharu selain sokongan moral mahupun kewangan daripada rakan usahawan lain. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda membina rangkaian perniagaan sendiri:

• Pilih kumpulan sasaran

Pilih kumpulan sasaran yang tepat. Berikan kad atau risalah perniagaan kepada mereka yang berminat dengan idea dan perniagaan serta berpotensi menjadi rakan niaga anda.

• Bina hubungan baik Tujuan membina rangkaian perniagaan adalah untuk mewujudkan hubungan yang mendatangkan manfaat bagi perniagaan. Pelbagai cara dapat dilakukan bagi mengukuhkan hubungan baik dalam perniagaan antaranya meraikan atau memberi penghargaan kepada pihak yang berurusan dengan kita. Hal ini penting kerana kebanyakan pelanggan mahupun peniaga lebih selesa berurusan dengan mereka yang dikenali dan dipercayai. Apabila kepercayaan dapat dibina, pasti urusan perniagaan akan menjadi lebih mudah.

• Cari Peluang

Rebut peluang berkenalan setiap kali berjumpa dengan individu atau kumpulan perniagaan baharu. Tidak perlu memberi penerangan penuh tentang perniagaan anda jika pertama kali bertemu, sebaliknya lebih banyak bertanya tentang diri dan perniagaan yang dijalankan oleh pihak tersebut. Akan tetapi, jangan lupa untuk mengenal pasti topik yang boleh dijadikan sebagai cetusan perbualan. Cara ini boleh memanjangkan komunikasi seterusnya memudahkan anda untuk memperkenalkan perniagaan. Dengan menghadiri sesebuah majlis, anda juga berpeluang menambah kenalan. Cuba dekati dan berkenalan di kalangan tetamu yang ada. Cara ini dapat meluaskan lagi rangkaian perniagaan anda.

• Beri bantuan

Mahu membina hubungan yang berkekalan dalam dunia perniagaan? Salurkan bantuan sewajarnya atau berikan sokongan moral kepada rakan usahawan yang berada dalam kesusahan. Sikap ini akan membuatkan anda diingati, mudah didekati dan secara tidak langsung dapat menimbulkan rasa percaya orang lain terhadap anda.

• Jangan lost contact!

Teruskan berhubung dan aturkan pertemuan seterusnya dengan kenalan baharu. Kenalan baharu pasti tidak akan melupakan anda sekiranya perhubungan dikekalkan dan anda akan sentiasa menjadi pilihan rakan perniagaan lain.

IANA CORPORATION SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB

Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya bahkan cabaran dan halangan sudah menjadi sebati dalam mengharungi badai perniagaan. Jika tersalah langkah, akibatnya boleh menyebabkan kerugian yang akhirnya tersungkur di tengah jalan.

Namun bagi Mohamad Hafidz Rohani, pengusaha Kek Lapis Sarawak jenama Siti Payung, cabaran yang mendatang tidak menghalang usahanya mengembangkan perniagaan yang diusahakan oleh ibunya, Siti Jaharah Matassan sejak lebih 35 tahun yang lalu.

Perniagaan yang diwarisinya itu diusahakan persis tatacara ibunya yang sentiasa mengutamakan pemilihan dan penggunaan bahan-bahan berkualiti bagi menjamin keaslian rasa kek lapis yang dihasilkan. Malah Hafidz turut menyuntik pelbagai strategi pemasaran baharu dalam mengemudi dan mengembangkan syarikat sehingga berjaya seperti hari ini.

“Tipulah kalau saya kata berniaga itu mudah. Adakalanya semangat itu luntur juga, namun saya bingkas semula kerana saya tahu bahawa perniagaan yang diusahakan ini bukan sahaja menjana ekonomi untuk diri sendiri malahan mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai.

“Cabaran dan kesilapan terbesar yang pernah kami hadapi apabila tersalah percaturan dengan menyewa sebuah kilang berskala besar bagi mengeluarkan produk yang lebih banyak. Kami sangkakan kewangan sudah cukup kukuh, namun disebabkan kos logistik, utiliti dan lain-lain yang semakin meningkat membuatkan kami terpaksa berpindah semula ke premis perniagaan asal,” katanya.

Menurut Hafidz lagi, perkembangan teknologi media sosial seperti Facebook dan Instagram sedikit sebanyak membantu memperkenal dan melariskan produk terkenal Sarawak itu secara meluas.

Selain itu, Hafidz juga turut mewujudkan sebuah laman sesawang ‘Siti Payung’ bagi memasarkan produk-produk keluaran syarikatnya. Para pelanggan yang berminat boleh terus membuat tempahan kek lapis pelbagai rasa secara atas talian. Cara ini lebih mudah, pantas dan selamat terutama kepada mereka yang mungkin sukar untuk mendapatkan kek lapis Siti Payung di kedai-kedai fizikal.

“Pelanggan kami juga boleh membeli kek lapis melalui laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Jenama kek lapis Siti Payung telah dikategorikan sebagai ‘preferred seller’ di Shopee. Ini merupakan hasil daripada permintaan dan pembelian yang dilihat semakin meningkat saban tahun,” ujarnya.

Sebagai seorang usahawan yang masih berusaha menguasai arena keusahawanan, Hafidz sememangnya memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan bagi membantu mengukuhkan perniagaan yang diusahakan.

“Saya melihat sokongan yang diberikan oleh PUNB bukan sekadar dari aspek pembiayaan sahaja, malah merangkumi khidmat nasihat dan pemantauan, kursus serta latihan agar usahawan terus berdaya tahan dan berdaya saing dalam perniagaan.

“Tambahan pula, kini PUNB juga sudah mula membuka jalan kepada para usahawan naungannya dengan menyediakan peluang-peluang untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ini merupakan inisatif yang baik selain membuka mata dan minda para usahawan tentang pasaran luar Negara, malah strategi ini juga dilihat dapat memperkenalkan identiti Malaysia melalui makanan seperti kek lapis Siti Payung,” akhiri beliau.

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Kementerian Penggajian Tinggi meningkatkan usaha untuk mewujudkan lebih ramai usahawan siswazah Bumiputera yang dapat mengurus diri mereka sendiri dan bukannya bergantung kepada pekerjaan makan gaji apabila mereka tamat pengajian di universiti.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar mengatakan mereka berharap dapat melihat sekurang-kurangnya 90 peratus pendapatan siswazah adalah daripada perniagaan yang dijalankan.




Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) , Tan Sri Noh Omar telah berkunjung ke rumah seorang penduduk Orang Kurang Upaya (OKU), Mohamad Zamdi di Lorong Hamzah, Kampung Bagan Pasir bagi menyalurkan bantuan rumah baharu. Bantuan tersebut adalah hasil bantuan zakat daripada PUNB selepas kediaman penduduk berusia 41 tahun itu rosak akibat ribut dua tahun lalu.

 

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Tan Sri Noh Omar mengumumkan lanjutan moratarium menerusi peruntukan khas berjumlah RM230 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2021. Peruntukan itu bagi membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang memperoleh pendapatan tahunan RM300,000 yang terkesan kerana pandemik COVID-19.

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?