Program Sinergi Usahawan (Pemulihan) – Siri 1: Rising Stronger 2025 telah berlangsung pada 4 dan 5 November 2025 di Hotel Avillion, Port Dickson, melibatkan 27 usahawan automotif terdiri daripada 10 fasilitator dan 17 peserta.

Program anjuran PUNB melalui Special Project Automotive Unit (SPAU) dan Credit Rehabilitation Unit (REHAB) dengan kerjasama AUTOPRO ini bertujuan memperkukuh semula keupayaan usahawan automotif yang berdepan cabaran perniagaan. Tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan dan penambahbaikan operasi bagi memastikan peningkatan prestasi serta kemampuan peserta dalam memenuhi komitmen pembayaran balik pembiayaan PUNB.

Sepanjang tempoh empat bulan, peserta akan dibimbing oleh fasilitator berpengalaman untuk menilai semula perniagaan, mengenal pasti isu utama, menetapkan matlamat baharu dan merangka pelan tindakan yang lebih berkesan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PUNB dalam memperkasakan usahawan Bumiputera serta memastikan daya tahan mereka dalam sektor automotif.