Program Automotive Global Sourcing Gateway yang berlangsung di China meliputi bandar Guangzhou, Shenzhen dan Yiwu pada 16 hingga 22 Oktober bertujuan untuk membuka peluang lebih luas kepada usahawan tempatan dalam meneroka pasaran antarabangsa khususnya dalam sektor automotif dan motosikal.

Objektif utama program ini adalah untuk memudahkan akses usahawan kepada pembekal global terkemuka bagi memperoleh produk berkualiti tinggi serta berdaya saing dari segi harga. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai trend industri terkini, inovasi serta teknologi baharu agar mereka kekal berdaya saing dalam pasaran global yang semakin mencabar.

Di samping itu, program ini juga menggalakkan perkongsian strategik antara usahawan tempatan dan pihak antarabangsa bagi memupuk hubungan perniagaan jangka panjang yang dapat memperkukuh pertumbuhan serta memperluas pasaran perusahaan tempatan.