Sesi Perbincangan Strategik antara PUNB & SIDEC

Sesi perbincangan strategik antara PUNB dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) telah diadakan pada 10 Mac 2026 di Ibu Pejabat PUNB.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam penyelarasan dan pengukuhan inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera di negeri Selangor. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang penyepadanan fungsi serta pengoptimuman keupayaan kedua-dua agensi bagi memastikan intervensi pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih terarah, sistematik dan selaras dengan keutamaan ekonomi negeri.

Sesi ini turut menilai pencapaian RetailX Accelerator Programme 2025 yang telah dilaksanakan bersama. Berdasarkan prestasi positif program tersebut, SIDEC mencadangkan agar kerjasama berkenaan diteruskan bagi pelaksanaan edisi tahun semasa. Di samping itu, SIDEC turut menjemput PUNB untuk menyertai inisiatif CXO Multi Million Growth Club serta meneroka peluasan penawaran pembiayaan PUNB kepada pemain Bumiputera dalam sektor digital di bawah naungan SIDEC.

PUNB menyatakan komitmen untuk memperkukuh penyediaan kemudahan pembiayaan yang lebih bersasar bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan usahawan Bumiputera dalam ekosistem SIDEC. Kerjasama yang sedang dirangka ini dijangka mewujudkan rangka sokongan yang lebih komprehensif, dengan fokus meningkatkan daya saing, inovasi dan ketahanan perniagaan usahawan Bumiputera secara mampan.

Delegasi SIDEC diketuai oleh Encik Ahmad Salman, Pengurus Jabatan Digitalisasi, Encik Faizuddin Abdullah, Pegawai Kanan Jabatan Digitalisasi dan Encik Muhammad Firman Firdaus Zainol, Eksekutif Jabatan Digitalisasi, SIDEC.

PUNB pula diwakili oleh Encik Muhammad Nafis Nirman, Penolong Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Saufi Abu Bakar, Penolong Pengurus Unit Latihan dan Pembangunan Usahawan, Cik Nurussyifa Nordin, Eksekutif Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan serta Encik Abd Muhaimin Abd Ghani, Eksekutif Pasukan Hubungan Perniagaan, PUNB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read Policy

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?