Pejabat PUNB Wilayah Sabah telah mengadakan perjumpaan bersama TM Technology Services Sdn Bhd (TM), anak syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 10 Mac 2026.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh En. Amirshah Bin Idris, Ketua, Unifi Business bersama rakan sekerja dari TM, serta En. Ashaari Salleh, Ketua Pejabat Wilayah Sabah dan rakan sekerja mewakili PUNB.

Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera melalui pemanfaatan teknologi digital.
Antara fokus utama perbincangan adalah penyelesaian digital untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing usahawan Sabah; platform teknologi pintar bagi memperluas capaian pasaran; serta peluang pembiayaan PUNB untuk pengembangan perniagaan usahawan Sabah.
Kolaborasi ini menandakan langkah penting dalam menyokong agenda pendigitalan usahawan Bumiputera khususnya di Sabah, selaras dengan aspirasi negara menuju ekonomi digital yang inklusif dan mampan.