Success doesn’t come from ability and interest, but must be accompanied by continuous efforts that never fade. We
share the experiences of PUNB entrepreneurs who have succeeded in making a name in the arena of entrepreneurship.
Masih segar di ingatan Raja Juliza Raja Soid pada 2012 di mana ketika itu beliau ingin melangsungkan majlis pertunangan. Disebabkan peruntukan kewangan yang amat terhad, beliau mengambil keputusan untuk melakukan persiapan majlis menggunakan kreativiti sendiri dengan menyewa barangan perhiasan majlis.
Hassan bin Shafee berpengalaman dalam sektor perhutanan sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan miliknya, Rinaat Cane Sdn Bhd (RCSB). Hassan amat berbangga kerana perniagaan rotan yang diusahakan hampir tiga dekad itu telah menjadi salah satu pengeluar dan pengeksport perabot rotan terkemuka di negara ini.
Pengalaman membantu arwah ibu berniaga produk makanan kering, merupakan antara faktor yang memberi inspirasi dan kejayaan MIWA Manufacturing Sdn Bhd, pengeluar produk makanan dan minuman seperti smoothies, ice blended, pati buah sejuk beku dan minuman jeli yang beroperasi di sekitar Lembah Klang.
Kecekalan dan ketabahan, kesabaran serta keyakinan adalah antara kunci kejayaan HNH Construction & Services Sdn Bhd, yang merupakan pengeluar dan pengedar alat pemadam kebakaran. Syarikat yang terletak di Ayer Keroh, Melaka itu ditubuhkan pada 2014 oleh pengasasnya iaitu Mohd Nor bin Azmi. Seperti perniagaan yang lain, HNH Construction & Services turut mengalami pelbagai dugaan dan cabaran sejak penubuhannya.
Wanita sememangnya sinonim dengan kecantikan. Malah, kini lelaki juga turut menjaga keterampilan agar kelihatan kemas dan menarik. Namun, adakah mencukupi dengan menjaga wajah saja? Adakah perlu juga menjalani rawatan terutama bagi yang ingin sentiasa kelihatan muda?