Success doesn’t come from ability and interest, but must be accompanied by continuous efforts that never fade. We
share the experiences of PUNB entrepreneurs who have succeeded in making a name in the arena of entrepreneurship.
Kecekalan dan ketabahan, kesabaran serta keyakinan adalah antara kunci kejayaan HNH Construction & Services Sdn Bhd, yang merupakan pengeluar dan pengedar alat pemadam kebakaran. Syarikat yang terletak di Ayer Keroh, Melaka itu ditubuhkan pada 2014 oleh pengasasnya iaitu Mohd Nor bin Azmi. Seperti perniagaan yang lain, HNH Construction & Services turut mengalami pelbagai dugaan dan cabaran sejak penubuhannya.
Shawlpublika ditubuhkan pada 2014 oleh sepasang suami isteri yang didorong oleh semangat dan dedikasi dalam menampilkan fesyen yang baharu. Shawlpublika merupakan rumah fesyen pertama yang menampilkan konsep baju kurung yang diperbuat daripada kain sari dari India sehingga mampu menarik perhatian peminat baju kurung di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.
Mendapat dorongan daripada ayahnya yang telah bergiat dalam bidang bakeri dan pastri selama 40 tahun sejak 1981 sehingga sekarang, Puan Nur Hanina binti Mior Ariffin telah menyimpan impian untuk mewarisi syarikat pembuatan makanan itu pada masa hadapan. Beliau kini merupakan rakan kongsi dalam syarikat tersebut. Selain menghasilkan roti, kek dan produk pastri yang lain, Roti Segar Mekar Enterprise turut menghasilkan biskut raya setiap kali menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Pengalaman membantu arwah ibu berniaga produk makanan kering, merupakan antara faktor yang memberi inspirasi dan kejayaan MIWA Manufacturing Sdn Bhd, pengeluar produk makanan dan minuman seperti smoothies, ice blended, pati buah sejuk beku dan minuman jeli yang beroperasi di sekitar Lembah Klang.
Puteri Maizura Bt Razali merupakan pengasas serta pemilik kepada pengeluar tudung terkenal berjenama Marshmallowscarf, tudung yang lebih praktikal dan fleksibel seiring dengan trend wanita masa kini. Beliau telah menjadikan Marshmallowscarf sebagai satu pusat keperluan hijab yang ringkas serta menarik di kalangan wanita bekerjaya.