Pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami dan PUNB bertekad untuk memastikan maklumat atas talian kami adalah sulit, selamat dan terjamin. Dasar kerahsiaan ini merupakan satu huraian kepada prinsip kerahsiaan yang kami patuhi, dalam menyediakan pengalaman atas talian yang selamat dan boleh dipercayai.
Jenis maklumat
Setiap kali anda mendaftar dalam mana-mana skim atau program secara atas talian melalui laman web ini, anda dikehendaki memberikan maklumat seperti nama, alamat, umur, jantina dan nombor kad pengenalan anda kepada kami.
Penggunaan maklumat
Secara umumnya, maklumat anda digunakan untuk pangkalan data kami serta sebagai saluran untuk menawarkan produk atau perkhidmatan tambahan yang mungkin bermanfaat kepada anda.
Capaian pekerja
Capaian pekerja hanya terhad kepada kakitangan bertauliah yang berpengalaman sepenuhnya dalam mengendalikan maklumat anda. Mereka dikehendaki melindungi maklumat anda dan menghormati kerahsiaan anda sepanjang masa. Mereka juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya mereka gagal mematuhi dasar kerahsiaan ini.
Langkah keselamatan dalam melindungi maklumat pengguna
Maklumat anda disimpan di dalam pusat data yang dilindungi sepenuhnya, dengan mematuhi piawaian keselamatan komputer yang terjamin. Kami melaksanakan sistem perlindungan keselamatan yang direka khas untuk memastikan maklumat anda sentiasa selamat, terjamin dan sulit.
Perkongsian maklumat
Kami hanya akan mendedahkan maklumat anda sekiranya:
- Tuntutan undang-undang
Jika pendedahan ini diperlukan di bawah peraturan atau undang-undang, badan kerajaan atau arahan mahkamah.
- Melibatkan kepentingan awam
Jika pendedahan ini diperlukan untuk melindungi kepentingan awam, contohnya dalam mengesan jenayah dan lain-lain.
- Disahkan pendedahannya oleh anda
Ketepatan maklumat
Adalah sangat penting kepada kami untuk memastikan data dan maklumat anda sentiasa tepat dan dikemaskini. Anda boleh membantu dengan memaklumkan sebarang perubahan maklumat kepada kami. Sekiranya anda merasakan maklumat anda tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini, sila hubungi kami. Kami akan membantu pengurusan maklumat anda sewajarnya.
Aduan pengguna
Anda boleh menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan berkaitan pengurusan maklumat atau data. Anda boleh menulis atau menghantar e-mel kepada kami.