Latar Belakang
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.
Ia ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).
PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh syariah sepenuhnya pada 2010. Sejak 2019, PUNB disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Fungsi Kami
PUNB komited untuk menjadi peneraju pembangunan keusahawanan Bumiputera PKS dan usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran di Malaysia dan arena antarabangsa.
Model perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej keusahawanan bersepadu merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan.
Pakej ini membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan mereka, kekalkan keuntungan perniagaan dan membentuk perniagaan ke arah kecemerlangan.
Inilah asas kewujudan PUNB.
VISI
MISI
Objektif
- Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
- Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
- Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.