Pengenalan
Sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.
Syarat Kelayakan
- Siswazah bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)
- Berminat atau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan
- Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat mentor yang terpilih
- Komited menjalani program latihan sepenuh masa sehingga 6 bulan
Keistimewaan
- Elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
- Bimbingan dari mentor berpengalaman
- Kursus keusahawanan, pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang tempoh perantisan
- *Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 bagi yang layak
- Pembiayaan patuh syariah
*Tertakluk kepada terma & syarat
Mentor
Mentor adalah Rakan Usahawan PUNB atau daripada syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB untuk melatih pelatih JUMPER.
Proses Permohonan
Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti di bawah:
- Pendaftaran dan semakan kelayakan.
- Panggilan temuduga bagi pemohon yang layak.
- Makluman kepada pemohon yang berjaya sertai program.
- Temuduga bersama mentor dan makluman penempatan latihan.
- Peserta menghadiri kursus induksi dan motivasi keusahawanan.
- Peserta lapor diri dan latihan bermula.
Pendaftaran dan Permohonan
Borang Permohonan |
Klik di sini untuk memohon. |
Sebelum Mengemukakan Permohonan: |
|
Semasa Mengemukakan Permohonan: |
|
- Pemohon yang sedang berniaga perlu sertakan salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.