Pakej pembiayaan perniagaan untuk alumni Program JUMPER PUNB yang merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan dan pembangunan perniagaan.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan berjangka dari RM20 ribu sehingga RM100 ribu

  • Entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 7 tahun

Kadar Keuntungan

  • 3.5% setahun pada kadar rata

Syarat Kelayakan

  • Perniagaan/syarikat 100% milik bumiputera
  • Perniagaan/syarikat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan (jika tiada SSM)
  • Telah mengikuti Program JUMPER PUNB dan mendapat surat sokongan yang sah daripada mentor JUMPER
  • Tarikh permohonan mestilah dalam tempoh 3 tahun dari tarikh tamat Program JUMPER PUNB
  • Memerlukan penjamin yang berkelayakan
  • Memiliki rekod kewangan yang dikemas kini bagi semua perniagaan/syarikat yang telah beroperasi
  • Perniagaan patuh syariah
  • Rekod kredit baik dengan institusi kewangan berkait
  • Memenuhi syarat dokumentasi yang ditetapkan semasa permohonan dan pengeluaran dana pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Modal kerja
  • Mesin dan peralatan
  • Ubah suai premis perniagaan

Cara Memohon

  • Permohonan pembiayaan melalui e-mohon di portal rasmi menggunakan No. ID yang telah diberikan
  • Sila berhubung dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862 untuk pertanyaan lanjut
Lembaran Pernyataan Pengiraan Pembiayaan Risalah Pembiayaan

Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat